Presiden Turki arahkan pemimpin atasan pandu VW Passat

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak keputusan VW Group untuk membina sebuah kilang pemasangan baharu di Turki, Presiden negara tersebut Recep Tayyip Erdogan telah mengarahkan pemimpin atasan parti pemerintah untuk bertukar ke VW Passat sebagai kereta rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bloomberg, arahan itu berkuatkuasa pada 1 Oktober lalu bagi menggantikan 19 buah kereta sewa yang bakal tamat kontraknya dalam masa dua bulan lagi dengan VW Passat. 

Ketika ini, pemimpin atasan daripada kerajaan pemerintah AK Party kebanyakannnya memandu kereta berjenama Audi menerusi kontrak sewa. 

Fasiliti baharu Volkswagen yang terletak di Turki bakal digunakan untuk memasang kereta generasi baharu Passat dan Skoda Superb bermula tahun 2022. 

Kilang pemasangan baharu ini mampu menampung sehingga 300,000 unit penghasilan setahun dan menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan menurut kenyataan rasmi kerajaan Turki. 

Sumber: Bloomberg