Premium insurans kereta terlalu mahal - lelaki ini sanggup tukar jantina!

oleh Mohamad Hanif|
Insurans kereta mungkin agak berbeza bagi sesetengah tempat dan negara, dan ada kalanya ia berubah mengikut beberapa faktor seperti jantina pemandu dan rekod pemanduan dan kemalangan di negara terbabit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kisah yang berlaku di Canada ini membuktikan insurans kereta sememangnya agak mahal untuk para pemandu lelaki berbanding pemandu wanita. 

 


Oleh kerana mahu menjimatkan wang hampir $841 (RM3.4k) setahun untuk premium insurans kenderaan, seorang lelaki sanggup mengubah jantinanya kepada wanita sebelum membolehkan beliau memandu sebuah Chevrolet Cruze baharu.

Menurut laporan daripada The Truth About Cars, lelaki berusia 23 tahun itu pada mulanya ingin memiliki sebuah kereta baharu dan menghubungi ejen insurans bagi mendapatkan maklumat bayaran premium insurans yang beliau perlu bayar. 

Memandangkan beliau memiliki rekod kemalangan dan kesalahan trafik, ejen tersebut menyatakan bahawa kos insurans adalah sebanyak $3,441 setahun (RM14k!). 

Secara tiba-tiba, lelaki tersebut bertanyakan kos premium insurans sekiranya beliau adalah pemandu wanita, dan ejen tersebut menjawab "$2,600!". 

 


Berang dengan perbezaan harga yang ketara, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk 'mengubah' jantina beliau dengan bantuan seorang doktor.

Proses tersebut sememangnya mudah kerana beliau hanya memerlukan surat pengesahan daripada doktor, dan kemudan beliau menghantar permohonan pertukaran jantina kepada pihak berkuasa sebelum memberitahu syarikat insurans beliau atas 'pertukaran jantina' tersebut.

Apa yang menarik perhatian, proses penukaran jantina tersebut berjaya dilakukan dan kini lelaki tersebut hidup sebagai seorang wanita di atas kertas dan seorang lelaki di dalam dunia nyata memandu sebuah Chevrolet Cruze baharu dengan kadar penjimatan premium insurans sebanyak $841 setahun. 


 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…