Premis HIDE perlu ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta

oleh Mohamad Hanif|
Bermula Isnin ini, mana-mana premis yang tersenarai di dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) termasuklah Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarah tutup selama tiga hari berkuat-kuasa serta merta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman SOP terbaharu melihatkan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara.

"Pelaksaan PKP ini dibuat berpandukan sistem amaran awal iaitu HIDE yang dibangunkan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan KKM.

"Ini bermakna, sekiranya sistem HIDE mengesan sesuatu lokaliti itu merekodkan penularan kes, kerajaan akan membuat penilaian risiko bersama KKM untuk menutup sementara lokaliti itu bagi membolehkan PKP dilaksanakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau lagi, premis yang tersenarai dalam sistem HIDE kerana dikenalpasti lokasi berisiko penularan kes COVID-19 akan diarahkan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.

Selain daripada itu, bagi memastikan tiada kekeliruan segala keputusan dan pengumuman pelaksanaan PKP akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan selepas ia diputuskan dalam sidang mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan premis surau kepada umum tersebut adalah selari dengan pengumuman Perintah Kawalan…