Prebiu eksklusif Mazda CX-8 di Malaysia Autoshow 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermaz Motor Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan berjenama Mazda di Malaysia mengajak para pelanggannya untuk melihat dengan lebih dekat crossover tiga baris tempat duduk, Mazda CX-8 di acara Malaysia Autoshow pada 11-14 April 2019 ini. 

Mazda CX-8 merupakan antara penawaran terbaharu Mazda terhadap barisan SUV premium yang bakal dilancarkan pada tahun ini. 

Di Jepun, CX-8 sebenarnya merupakan model yang paling premium dijual di sana memandangkan mereka tidak menjual model CX-9, crossover SUV saiz penuh yang lebih besar. 
 


Secara kasarnya, Mazda CX-8 memiliki dimensi yang hampir sama seperti Mazda CX-5 namun dengan jarak roda yang lebih panjang (long wheelbase) dan didatangkan dengan tiga baris tempat duduk. 

Mengikut spesifikasi, Mazda CX-8 boleh dikonfigurasikan kepada minimum enam tempat duduk (kerusi kapten di baris tengah) sehinggalah kepada konfigurasi tujuh tempat duduk, sesuai untuk digunakan oleh keluarga masa kini. 

Mazda CX-8 akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin sahaja, iaitu 2.2 liter SkyActiv-D (188 hp/450 Nm) dengan pacuan semua roda dan enjin 2.5 liter SkyActiv-G (192 hp/257 Nm) yang memacu roda hadapan sahaja.
 


Empat varian bakal ditawarkan dan kesemuanya digandingkan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive dengan enam nisbah kelajuan. 

Peralatan standard pula terdiri daripada:

  • rim aloi 19 inci
  • lampu LED automatik
  • lampu kabut LED
  • lampu belakang LED
  • sistem kemasukan tanpa kunci
  • kawalan iklim tiga zon
  • kerusi pemandu dengan 10 tetapan fungsi
  • sistem MZD Connect 
  • enam beg udara
  • Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC)
  • ABS, EBD dan Bantuan Brek
  • Kawalan Cengkaman
  • Bantuan Mula Mendaki (HLA)
     


Hanya satu varian asas sahaja yang mempunyai konfigurasi tujuh tempat duduk, manakala varian yang lain didatangkan dengan kerusi kapten pada baris kedua dengan kemasan fabrik.

Dua varian yang lebih premium pula lebih eksklusif dengan balutan upholsteri kulit dan konsol tengah perehat tangan di baris kedua.

Mazda CX-8 bakal diproduksikan secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah dengan perancangan untuk mengeksport model tersebut untuk pasaran di dalam rantau Asia Tenggara. 

Harga jualan tentatif pula masih tidak didedahkan secara rasmi oleh Mazda Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model yang dijual di pasaran Jepun, China, Oceania dan Asia Tenggara itu dijangka akan digantikan…
Berita Global
Namun, syarikat penala Jepun Auto Exe mempunyai idea yang mampu membuatkan CX-8 ini jauh lebih…
Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden…