Pre-registered? Demo car? Director’s car? Ini cara-cara alternatif beli kereta mewah

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pastinya anda pernah dengar tawaran-tawaran seperti kenderaan pra-daftar, kenderaan demo, stok lama, dan semuanya menawarkan diskaun yang menarik.

Pakar jualan kenderaan mewah Careta, Faiz Ayob dari Johor Bahru berkongsi langkah-langkah alternatif tersebut bagi anda merealisasikan impian anda untuk memiliki sebuah kenderaan mewah baharu (bukan recond).

Tidak ramai orang yang tahu tentang terdapatnya kenderaan terpakai yang boleh dibeli daripada pengedar-pengedar jenama rasmi.

Terdapat beberapa kategori:  

 


Long Storage Unit (Stok lama)

Unit ini kebiasannya adalah kenderaan import baharu (belum daftar) yang berada dalam simpanan syarikat untuk tempoh yang agak lama.

Lazimnya terdiri dari kenderaan berkapasiti besar, model yang jarang didapati, model terdahulu, dan ada di antaranya didaftarkan bagi kegunaan kerajaan.

Kondisi kenderaan dari segi luaran agak baik berbanding dalaman, anda perlu mendapat maklumat yang jelas tentang keadaan kenderaan sebelum membuat tawaran.

Ini kerana kenderaan yang tidak digunakan langsung biasanya bakal menghadapi masalah-masalah teknikal.
 


Pre-Registered Car (Unit Pra-Daftar)

Kenderaan kategori ini didaftarkan di dalam sistem JPJ dan ia datang dengan nombor pendaftaran dan geran tetapi ia tidak ada insurans atau cukai jalan.

Cara ini sangat popular untuk memenuhi kuota jualan syarikat (sales target figures) di dalam report jualan mereka nanti.

Ini bermakna kenderaan ini langsung tidak digunakan atau mungkin digunakan untuk tujuan promosi sahaja dan kebiasaannya dijual pada perbatuan yang sangat rendah (kurang dari 100 km, dan menggunakan trade plate bila bergerak di atas jalanraya).

Keadaan kenderaan jenis ini adalah sebaik kenderaan baru dan ada kalanya syarikat menawarkan pembeli menggunakan nombor pendaftaran mereka untuk pendaftran kali pertama.

Ia adalah satu cara untuk syarikat menawarkan diskaun kerana kenderaan dikira sudah berdaftar.

 


Demo/Test Drive Car (Unit Pandu Uji)

Kenderaan kategori ini didaftarkan berserta cukai jalan (roadtax) untuk dijadikan unit pandu uji.

Kebiasannya dibuka untuk jualan selepas 6-8 bulan dari tarikh didaftarkan dan perbatuan diantara 1,000 ke 5,000 km bergantung kepada kegunaan syarikat.

Kondisi kenderaan tidaklah seperti baharu kerana mungkin terdapat sedikit kesan penggunaan (wear & tear) pada bahagian luar dan dalam.

Namun ianya juga berbaloi kerana unit pandu unit tidak digunakan setiap hari dan jarak pemanduan juga tidak melebihi 20 km bagi sekali panduan.  
 


Courtesy/Loan Car (Unit Pinjaman)

Kenderaan kategori ini didaftarkan berserta cukai jalan (roadtax) untuk dijadikan unit pinjaman bagi pemilik kenderaan yang berurusan dengan hal-hal jaminan dan baik pulih.

Kebiasannya dibuka untuk jualan selepas 6-8 bulan dari tarikh pendaftaran dan perbatuan agak tinggi (5,000-15,000 km) kerana peminjam biasanya menggunakan kenderaan ini setiap hari.

Kondisi kenderaan jenis ini amat bergantung harap pada cara pengunaan si peminjam dan sebaiknya anda perlu melihat sendiri kenderaan tersebut sebelum membuat tawaran.

Kesan “wear and tear” atau penggunaan komponen mungkin agak jelas dan anda boleh berunding dengan jurujual bagi tujuan baik pulih
 


Company/Director’s Car (Kereta Syarikat)

Kenderaan kategori ini didaftarkan berserta cukai jalan (road tax) untuk kegunaan pihak pengurusan tertinggi syarikat automotif tersebut.

Kebiasaannya ia dijual selepas enam ke lapan bulan dari tarikh pendaftaran dan perbatuan (mileage) agak tinggi (5000-15,000 km) kerana kebiasaannya ia akan dipandu setiap hari, selain dari pemanduan jarak jauh.

Kondisi kenderaan bergantung pada tahap penggunaan.
 


Perlu diingatkan yang anda membeli kenderaan yang pernah digunakan.

Bersedialah untuk kos pembaikan isu-isu kecil jika ada.

Akan tetapi, kenderaan-kenderaan seperti ini biasanya didatangkan dengan jaminan tulen dari pengeluar (alat ganti dan pemasangan) dan pakej servis secara percuma.

Anda boleh rujuk pada jurujual berkenaan pakej baik pulih badan kenderaan dan isu-isu teknikal jika ada.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua suspek itu ditahan pada Julai tahun…
Berita Global
Operasi yang dilakukan baru-baru ini turut merampas kenderaan yang dimiliki oleh ketua penjenayah,…
Berita Domestik
Sementara itu, katanya meskipun kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang anggaran rasmi mengenai…