Prasarana - Tambang percuma pada hari mengundi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pengguna perkhidmatan rel dan bas di bawah kendalian syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menikmati tambang percuma esok (Sabtu) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, tambang percuma ini meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi LRT, MRT, Monorel, BRT atau bas henti-henti.

 

Menurut Prasarana, inisiatif tersebut adalah sebagai langkah bagi memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab dan hak sebagai rakyat.

 

“Bagi pengguna My50 boleh menggunakan pas seperti biasa. Pengguna kad Touch ‘n Go pula boleh meggunakan kad tanpa sebarang caj.

 

Sementara itu, pengguna token pula perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.

 

Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan termasuk bas perantara MRT, Prasarana memaklumkan pengguna tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki atau turun daripada bas.

 

Menurut Prasarana tambang percuma itu bagi memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi dengan mudah, tenang dan selamat.

 

Untuk maklumat lanjut, rujuk laman media sosial Prasarana serta laman web https://myrapid.com.my. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini serta bagi merancang perjalanan.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai sebuah NGO bersekutu bagi keselamatan jalanraya, program yang dijalankan setiap dua tahun…
Berita Domestik
  "Satu daripada komponen dalam budaya penyelenggaraan adalah mempunyai waktu kejuruteraan yang…
Berita Domestik
Inisiatif tersebut bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehpercayaan perkhidmatan rel dan…