Prasarana penuhi keperluan industri melalui latihan program TVET

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bukan sahaja memfokuskan pada penyedia perkhidmatan rel dan bas utama negara, malahan mereka komited dalam membangunkan modal insan syarikat bagi melahirkan tenaga kerja terlatih yang mampan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Baru-baru ini, satu Majlis Konvokesyen ke-4 Kumpulan Prasarana telah diadakan, yang menyaksikan seramai 560 orang graduan diberikan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Pengiktirafan itu diperoleh setelah para graduan berjaya menjalani program latihan kemahiran Akademi Rel dan Akademi Bas di bawah naungan Jabatan Pembelajaran dan Pembudayaan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Pusat Bertauliah Akademi Rel dan Pusat Bertauliah Akademi Bas diwujudkan untuk mengendalikan latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standards).

 

2

 

Seperti kebanyakan program latihan TVET, program latihan tersebut berorientasikan industri yang menggabungkan latihan tempat kerja dan institusi bagi melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Pekerja).

Para graduan dari akademi itu juga merupakan kakitangan Prasarana dari pelbagai divisyen dan jabatan anak syarikat Kumpulan, Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd.

Sehingga hari ini, lebih dua ribu graduan berkemahiran telah dilahirkan oleh Kumpulan Prasarana bagi mewujudkan tenaga kerja yang dapat memenuhi keperluan industri.

 

3

 

Selain membentuk pembangunan keperibadian dan kemahiran sosial, program tersebut juga dapat memberi peluang khusus kepada kakitangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) itu terdiri daripada 13 program di bawah Pusat Bertauliah Akademi Rel dan Akademi Bas.

Bukan hanya terhad kepada bahagian operasi dan kejuruteraan, ia juga menawarkan kursus-kursus lain seperti inspektorat pengangkutan awam, pentadbiran urusan jalan dan pentadbiran pejabat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…
Berita Domestik
Antaranya ialah: • RM96 juta untuk Dana Sokongan Bas Henti-henti sebanyak RM96 juta untuk laluan…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…