PRASARANA, AIRASIA MOVE JALIN KERJASAMA MEMPERKUKUHKAN PENGANGKUTAN AWAM

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan AirAsia MOVE jalinkan satu kerjasama strategik untuk meningkatkan lagi pengalaman penggunaan pengangkutan awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama tersebut telah dirasmikan melalui oleh anak syarikat mereka, iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) dan AirAsia Ride.

Kini Pengguna Rapid KL bakal menikmati perjalanan first-mile-last-mile (FMLM) yang lebih lancar dengan integrasi aplikasi MyRapid PULSE (PULSE) bersama perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride.

 

lrt

 

Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Fa'izah Khairuddin teruja jalinkan kerjasama ini dengan AirAsia MOVE yang dapat memanfaatkan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride sebagai penghubung destinasi.

Beliau berkata, “Ia sekali gus menyokong visi kami untuk mengutamakan keselesaan perjalanan harian pengguna pengangkutan awam.

“Kerjasama ini secara langsung dapat menghubungkan FMLM dan meningkatkan kecekapan serta memperbaiki ekosistem perjalanan yang lebih bersepadu.” tambahnya.

 

lrt

 

Selain itu, inisiatif ini juga menyokong visi kerajaan untuk mencapai sasaran perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030.

Di bawah kerjasama strategik ini, pengguna Rapid KL akan dapat menikmati rebat eksklusif RM2 bagi perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride melalui 24 stesen LRT dengan mudah melalui aplikasi PULSE.

Berikut merupakan senarai stesen LRT dan kod promo bagi setiap stesen ;

lrt

 

Pengguna aplikasi PULSE juga layak mendapat rebat dua penebusan setiap hari dengan menggunakan kod promo bagi setiap stesen melalui stesen yang disenaraikan.

Aplikasi PULSE turut menawarkan navigasi mesra pengguna yang membolehkan pengguna ke destinasi yang dingini dengan lebih pantas.

Melalui aplikasi PULSE, pengguna akan dibawa ke AirAsia Superapp untuk mendapatkan anggaran tambang perkhidmatan AirAsia Ride sekali gus memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka.

Fasa pertama kerjasama bersama AirAsia MOVE ini adalah sebahagian daripada rancangan Prasarana yang lebih besar untuk menyediakan ketersambungan yang lancar bagi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.

Berita Berkenaan

Informasi
Perkongsian melibatkan hak perjanjian Hak Penamaan Stesen antara redONE dan Prasarana adalah untuk…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd Azharuddin…