Pra-tempahan untuk Porsche Taycan Cross Turismo kini dibuka, pelancaran separuh kedua tahun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Semalam berlangsungnya pelancaran rasmi sebuah varian wagon bagi model Taycan, iaitu Porsche Taycan Cross Turismo dengan empat varian dan membawakan keupayaan pemanduan off-road serta pakej yang versatil untuk kegunaan seharian.

Hari ini, pihak Porsche Malaysia menerusi Sime Darby Auto Performance telah mengumumkan pembukaan pra-tempahan bagi pihak yang berminat untuk mendapatkan model Porsche Taycan Cross Turismo menerusi empat Porsche Centre (Ara Damansara, Sungai Besi, Pulau Pinang dan Johor Bahru).

Pelancaran rasmi model crossover wagon itu dijangka bakal berlangsung pada separuh kedua tahun 2021 (2H 2021).

Porsche Taycan Cross Turismo membawakan persamaan rekaan dengan model konsep Mission E Cross Turismo, dengan ciri seperti pacuan semua roda, senibina elektrik 800 voltan, sistem suspensi adaptif, serta mod pemanduan khusus Gravel untuk pemanduan off-road yang ringan.

 


Taycan Cross Turismo boleh didapati dalam empat varian iaitu:

  • Taycan 4 Cross Turismo (380 PS, Overboost 476 PS)
  • Taycan 4S Cross Turismo (490 PS, Overboost 571 PS)
  • Taycan Turbo Cross Turismo (625 PS, Overboost 680 PS)
  • Taycan Turbo S Cross Turismo (625 PS, Overboost 761 PS)

Perincian lanjut Porsche Taycan Cross Turismo boleh dibaca menerusi pautan di bawah:

Baca: Porsche Taycan Cross Turismo rasmi dilancarkan
Baca: Porsche Taycan Cross Turismo jalani ujian hampir 1 juta km
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dikategorikan sebagai cross utility vehicle (CUV), Porsche Taycan Cross Turismo membawakan bentuk…
Berita Global
Keupayaan tersebut dibuktikan lagi menerusi video terbaharu yang diterbitkan oleh pengeluar…
Berita Global
Tidak seperti sangkaan umum di mana Porsche Taycan Cross Turismo hanyalah sekadar Taycan sedan yang…