Pra-tempahan dibuka untuk enam model Suzuki di Malaysia termasuk Katana, GSX-R1000R!

oleh Mohamad Hanif|
Hampir setahun selepas Suzuki Malaysia (menerusi laman Facebook) mengumumkan mereka kembali beroperasi, namun tiada sebarang petanda serta petunjuk bilakah mereka akan melancarkan model-model motosikal untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan laporan daripada rakan media MotoMalaya, salah sebuah pengedar Wah Motor Superbikes Sdn Bhd dilihat sudah mula membuka pra-tempahan bagi enam model Suzuki yang bakal dilancarkan kelak.

 


Enam model tersebut adalah seperti berikut:

  • Suzuki SV650
  • Suzuki GSX-S750
  • Suzuki V-Strom 750XT
  • Suzuki GSX-R1000
  • Suzuki GSX-R1000R
  • Suzuki Katana

Namun, pengumuman tersebut tidak menyenaraikan beberapa model seperti V-Strom 1050XT, GSX-S1000 serta Suzuki Hayabusa yang membuat penampilan pada tahun ini, serta beberapa model bersesaran kecil seperti GSX-R150 dan Belang 150 yang telah diumumkan pada tahun lalu.

Apapun, kita nantikan sahaja perkembangan terbaharu daripada Suzuki, memandangkan ia adalah satu berita yang positif setelah beberapa bulan tiada sebarang khabar berita.

Sumber: MotoMalaya

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…