Pra-Tempah Honda dalam talian dengan hanya RM99

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia terus meningkatkan ‘Keseronokan Membeli’ (Joy of Buying) untuk pelanggan mereka dengan memperkenalkan platform terbaharu iaitu pra-tempahan dalam talian.
Modenas

 

Menerusi platform ini, pelanggan kini boleh membuat pra-tempahan bagi model pilihan mereka dengan bayaran minimum hanya RM99 di laman web rasmi Honda Malaysia, serta memantau dan menjejak status tempahan mereka dari rumah.

 

Para pelanggan hanya perlu mengikut empat langkah mudah seperti di bawah:-

 

Langkah pertama:

Pelanggan perlu memilih lokasi pengedar yang terdekat dengan mereka.

 

Langkah kedua:

Masukkan maklumat peribadi. 

 

Langkah ketiga:

Pilih model yang diminati termasuk varian, warna dan aksesori. Kemudian, pelanggan akan dibawa ke halaman di mana mereka boleh melihat semula semua maklumat dan pilihan yang telah dibuat.

 

Langkah keempat:

Bayar wang permukaan.

 

joy of buying

 

Pelanggan akan menerima emel pengesahan yang mengandungi semua maklumat penting termasuk perincian pengedar yang telah menerima bayaran tersebut serta nombor rujukan. Setelah mengemukakan butiran pra-tempahan, pelanggan akan dihubungi oleh penasihat jualan dari pengedar yang dipilih dalam masa 72 jam.

 

 

Fungsi pra-tempahan ini disertakan di dalam seksyen membeli-belah laman web Honda Malaysia di samping kalkulator pinjaman, perbandingan model dan Honda Insurance Plus.  

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Platform pra-tempahan kenderaan baharu dalam talian ini adalah sebahagian daripada usaha Honda Malaysia untuk menawarkan akses lebih besar kepada pelanggan untuk memiliki kereta Honda dalam digital era ini menerusi proses pembelian kereta dalam talian.”

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari di sini  atau hubungi talian bebas tol di 1-800-88-2020

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Malah siaran akhbar itu menekankan sektor automotif tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang…
Berita Domestik
Kesemua varian kini mendapat skrtin infotainmen 7 inci Display Audio yang menyokong sambungan…
Berita Domestik
Pencapaian ini disumbangkan oleh model City yang merekodkan jualan sebanyak 34 peratus, diikuti…