PPV PLUS catat lebih 16k penerima vaksin

oleh HEZERI SAMSURI|
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PLUS Malaysia telah merekod lebih dari 16,000 penerima vaksin dalam masa kurang dari dua minggu sejak ia beroperasi pada 26 Julai.

Menurut siaran media dari PLUS, PPV yang diwujudkan di ibu pejabatnya dengan kerjasama Primer Cherang, penasihat kesihatan dan ProtechHealth, pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PLUS juga dibantu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin (JKJAV).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail tindakan untuk menjadikan ibu pejabat PLUS sebagai PPV ialah untuk memastikan lebih ramai yang dapat menerima vaksin.

"Harapan kami agar sektor perdagangan boleh dibuka kembali dan perniagaan-perniagaan kecil dipulihkan," katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin turut melawat Persada PLUS. Menurut Khairy, hampir 24 juta orang diseluruh negara telah divaksinkan. Angka tersebut merangkumi mereka yang telah menerima satu dos vaksinasi dan yang kedua.

Bangunan Persada PLUS adalah salah satu antara 14 PPV yang diwujudkan untuk mempercepatkan lagi pemberian vaksin, sekurang-kurangnya satu dos kepada dewasa menjelang 1 Ogos lalu.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…