PPMM - Isu saman ekzos bunyi bising, jangan salahkan pengguna sahaja!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Bukan hanya pengguna tetapi tindakan penguatkuasaan perlu dikenakan terhadap peniaga dan pengeluar ekzos yang dimodifikasi bagi memastikan isu bunyi bising dapat diselesaikan.


Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan berkata, selain itu kerajaan juga perlu mempertimbangkan kebenaran mengeksport aksesori itu dari negara jiran supaya tidak memasuki pasaran negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, ekzos yang dimodifikasi ini sebenarnya bukan isu baru malah kebanjiran kedai ekzos yang menyediakan khidmat mengubahsuai dan pemasangan sudah wujud lebih 30 tahun lalu.

 

Menurutnya, adalah tidak adil untuk menyalahkan pengguna semata-mata terutamanya golongan muda yang mudah tertarik dengan spesifikasi kenderaan yang diubah suai termasuk menggunakan ekzos bising atau bingit.

 

"Perlu adil dalam meletakkan kesalahan. Bila saman, pengguna yang kena. Ada yang mungkin akan disita kenderaan mereka.

 

"Dari satu sudut, barangan atau aksesori ini dijual secara terbuka, mengapa tidak dilarang penjualannya jika kita tidak mahu penggunaannya secara meluas.

 

"Saya kira, baik kereta atau motosikal atau apa jenis kenderaan bermotor sekalipun, sudah pasti akan ada penggemar modifikasi. Takkan kita nak salahkan pembeli yang berminat dengan pengubahsuaian pula," katanya.

 

Justeru beliau berharap pihak berwajib memperhalusi perkara ini dan kajian mengenai puncanya perlu dijalankan bagi memastikan ia adil kepada kedua-dua pihak, peniaga dan juga pengguna.

 

Sebelum ini, pihak media melaporkan mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan.

 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dilaporkan berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  "Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Jadi, jika anda memiliki kereta yang bising dan tinggal di bandar New York, anda mungkin bakal…