Powerbank berbentuk Nissan Fairlady 240Z

oleh Mohamad Hanif|
Powerbank merupakan satu keperluan pada zaman sekarang. Hadir dengan beberapa kapasiti mengikut kehendak pelanggan, ia tidak lain merupakan satu perkakas yang membosankan dengan rekaan yang tidak menarik.

Bagaimana sekiranya anda inginkan sesuatu lain daripada yang lain?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02




Bagi penggemar kereta klasik daripada Jepun, pihak Links International kini memasarkan satu produk yang direka berdasarkan sebuah kereta ikonik Jepun, iaitu Nissan Fairlady 240Z.


Dengan dimensi sebesar 202 mm x 30 mm x 29 mm dan seberat 130 g, ia hadir dengan bateri berkapasiti 4,500 mAh sahaja. Powerbank ini memerlukan masa selama enam hingga sembilan jam untuk pengecasan penuh bateri. 





Walaupun dengan kapasiti bateri yang kecil, reka bentuknya sebagai sebuah kereta ikonik masih diberikan perhatian seperti penggunaan fender flare dan rim pisang unik Watanabe. 
 

Tidak cukup dengan itu, powerbank ini didatangkan dengan lampu hadapan dan belakang yang menyala ketika ia sedang digunakan. Ini menampakkan powerbank ini lebih kepada model diecast yang biasa terjual di pasaran. 



 

Jadi, sekarang anda boleh menunjuk kepada rakan bahawa telefon pintar anda sebenarnya dikuasakan oleh sebuah Nissan Fairlady Z. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi model yang dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 131 kWh, Ford mendakwa F-150 Lightning…
Gaya Hidup
Telefon bimbit atau peranti pintar masa kini mempunyai dimensi yang semakin besar dengan kadar…
Berita Global
Untuk itu, Volkswagen mengambil idea daripada bank kuasa (powerbank) yang kini menjadi kelaziman di…