Potong garis berkembar, pemandu Hilux beri alasan lori tak bagi laluan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pengguna jalan dalam di sekitar Janda Baik menghadapi detik-detik cemas apabila nyaris bertembung dengan sebuah Toyota Hilux yang gagal memotong barisan.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut pemilik asal video tersebut, Sheran Bin Tahir, kejadian tersebut berlaku pada 28 Jun baru-baru ini telah menyebabkan dia terpaksa membuat brek mengejut untuk mengelakkan pertembungan sehingga anak kecilnya jatuh tersungkur ke bawah dari tempat duduk penumpang belakang.

Semasa berselisih dengan pemandu Hilux itu, dia ada menegur perbuatan pemandu terbabit. Bagaimanapun, pemandu itu seperti mahu menegakkan benang yang basah dengan memberikan alasan tidak munasabah.

“Saya sudah beam lori nak potong tadi. Ingatkan lori nak bagi laluan,” kata pemandu Hilux itu kepada Sheran.

Perkongsian video itu telah membuatkan ramai netizen berasa bengang, lebih-lebih lagi selepas mendengar sendiri jawapan ‘tak masuk akal’ yang diberikan oleh pemandu Hilux terbabit.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan memanggil pemandu Toyota Hilux tersebut untuk memberi keterangan.

Sekiranya didapati bersalah, pemandu Hilux tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 Peraturan 12(3)(A) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar turut memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk memberikan maklumat.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Sumber: Berita Perak, FB Polis Bentong