Potong barisan : Exco Johor mohon maaf

oleh SALINA JALIL|
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon yang mengaku kenderaan rasmi dinaiki memotong barisan dalam kejadian pada Isnin lalu. "Buat silap kena mengaku silap, saya mohon maaf," kata beliau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tian Soon berkata, ketika kejadian beliau menaiki kenderaan rasmi yang dipandu oleh pemandunya dan berikutan mengejar masa, pemandu memasuki lorong kecemasan untuk ke simpang ketika dalam perjalanan dari Yong Peng ke Batu Pahat.

 

"Dia (pemandu) terlewat dan kejar masa. Dia keluar awal untuk membelok di simpang," katanya ketika dihubungi.

 

Terdahulu, tular video berdurasi 24 saat memaparkan Toyota Camry Exco kerajaan negeri menggunakan laluan kecemasan ketika jalan sesak dipercayai di Tongkang Pecah, Batu Pahat pada Rabu lalu sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan kenderaan itu milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaannya kepada Tian Soon.

 

Beliau berkata, kelmarin pihaknya menerima video tular berkaitan Toyota Camry bernombor pendaftaran JDT 9 berwarna hitam bertindak memotong barisan.

 

Menurutnya, siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan berlaku pada jam 9.45 pagi Isnin di Jalan Tongkang Pechah Batu Pahat di Johor..

 

"Pemandu kenderaan dipanggil bagi siasatan pada 3.30 petang hari ini dan dikenakan saman mengikut Rule 6(1) LN 166/59," katanya menerusi siaran media pada Jumaat.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita mengatur gerak penugasan bagi memastikan kelancaran aliran trafik melalui bantuan…
Informasi
  Katanya, nombor pendaftaran kenderaan terbabit ialah JNA 2863, JVS 2930, MBG 4188, RAM 3334,…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata,…