Pos Malaysia tamat kontrak 262 ejen Pos Rider di Lembah Klang 1 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Pos Malaysia berhad akan menjalankan fasa dua pelaksanaan rasionalisasi program khidmat luaran 'Pos Rider' yang melibatkan 262 ejen di Lembah Klang bermula 1 Septembe rini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pos Malaysia memaklumkan pasaran pos dan kurier domestik melalui perubahan jumlah mel terus menurun begitu ketara, manakala para pemain e-dagang pula telah mula menawarkan khidmat penghantaran.

"Operasi kami telah dikaji semula dan mendorong kepada keputusan untuk menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat.

Bagi menghargai perkhidmatan bekas pekerja Pos Rider, Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen berkenaan untuk khidmat sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.

Menurut kenyataan itu, ia dapat memberi manfaat kepada bekas Pos Rider untuk menjana pendapatan tambahan manakala Pos Malaysia mengekalkan kecekapan kos, selain meneliti strategi perniagaan, kos dan sumber untuk memastikan daya maju dan kemampanan perniagaan sepanjang pandemik COVID-19.

Program Pos Rider telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan berjaya membantu Pos Malaysia menyampaikan lebih banyak bungkusan di seluruh Malaysia.

Pos Malaysia juga telah melakukan fasa pertama rasionalisasi pada 1 Julai lepas di semua negeri, kecuali di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam ujian POC bermula 1 November hingga 1 Disember, sebuah traktor jenis Hangcha Aviation Model…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, inisiatif ini…
Berita Domestik
Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman…