Pos Malaysia sertai International Post Corporation sebagai langkah kurangkan jejak karbon

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Baru-baru ini Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah menjadi ahli ke-22 dalam program Sustainability Measurement and Management System (SMMS) di bawah International Post Corporation (IPC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Program tersebut bertujuan untuk mengurus kemampanan dan mengurangkan jejak karbon dalam industri pos seluruh dunia, semenjak pelancaran program tersebut pada 2008, industri pos telah berjaya mengurangkan 34% pelepasan karbon.

Sebagai sebuah organisasi yang telah menghubungkan rakyat Malaysia selama lebih daripada 200 tahun, Pos Malaysia terus komited ke arah membentuk dasar dan strategi yang bertanggungjawab ke hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif IPC, Holger Winklbauer berkata, “Kami berbesar hati mengalu-alukan Pos Malaysia sebagai ahli baharu program SMMS dan pos Asia Tenggara pertama yang mengambil bahagian dalam program ini, menunjukkan nilai bekerjasama sebagai satu sektor untuk menjadikan perbezaan bagi planet ini."

Pengangkutan jalan raya merupakan penyumbang kedua tertinggi kepada pelepasan CO2, dengan lebih 20% daripada jumlah pelepasan di Malaysia pada 2016.

 

2

 

Oleh itu, sebagai sebahagian daripada pelan transformasi kemampanan dan usaha penyahkarbonannya, Pos Malaysia komited untuk mengurangkan 30% pelepasan karbon menjelang 2025, dengan aspirasi untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang 2040.

Dengan menyertai program SMMS, Pos Malaysia akan mendapat manfaat daripada sistem pengukuran dan pelaporan kemampanan beraudit pihak ketiga yang biasa, termasuk untuk pelepasan karbon.

Melalui program tersebut, pos di seluruh dunia komited untuk mengurangkan separuh pelepasan CO2 tahunan mereka menjelang 2030 berbanding tahap 2019. 

Menjelang 2030, industri pos secara kolektif menyasarkan untuk mempunyai 50% daripada armada mereka sebagai kenderaan bahan api alternatif, di mana 25% daripada kenderaan elektrik dan 75% daripada tenaga mereka dijana daripada sumber boleh diperbaharui.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam ujian POC bermula 1 November hingga 1 Disember, sebuah traktor jenis Hangcha Aviation Model…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, inisiatif ini…
Berita Domestik
Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman…