Pos Malaysia perkenal platform e-insurans; kaedah perbaharui insurans kenderaan melalui aplikasi

oleh SALINA JALIL|
Pos Malaysia Bhd memperkenalkan platform insurans dalam talian baharu yang membolehkan pelanggan memperbaharui insurans kenderaan bermotor mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi mudah alih Pos Malaysia.


Pelanggan hanya perlu memberikan nombor MyKad, nombor pendaftaran kereta dan maklumat lain yang diperlukan untuk mendapatkan sebut harga insurans masing-masing dan mereka akan menerima polisi insurans melalui emel selepas pembayaran diselesaikan secara dalam talian, katanya dalam satu kenyataan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua pengurusan saluran dan pengalaman pelanggan Kumpulan Azmil Merican berkata Pos Malaysia kini giat memodenkan perkhidmatan runcitnya menerusi pendigitalan, menjadikan transaksi tersedia secara dalam talian serta di kaunter.

 

Bergerak ke hadapan pula, pelanggan juga bakal melihat lebih banyak perkhidmatan daripada aplikasi mudah alih Pos Malaysia termasuk pembiayaan, wasiat, pengiriman wang dan lain-lain.

 

Pos Malaysia berkata memandangkan lebih ramai pengguna kini memilih perkhidmatan dalam talian menerusi antaranya platform e-dagang, sistem pembayaran tanpa tunai dan sokongan pelanggan automasi, pendigitalan dan inovasi akan diterima sebagai sebahagian daripada ekosistem digital pelanggan dan rantaian nilai perniagaan.

 

Aplikasi mudah alih Pos Malaysia boleh dimuat turun daripada Google Play Store (Android), Apple App Store (iOS) dan Huawei AppGallery sementara untuk pengguna sedia ada, mereka perlu mengemaskini versi terkini Pos Mobile App untuk mula menggunakan perkhidmatan e-insurans.

 

Sehingga kini, Pos Malaysia mempunyai hampir 400,000 pengguna aktif di kedua-dua platform Android dan iOS yang melakukan transaksi melalui aplikasi mudah alih.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam ujian POC bermula 1 November hingga 1 Disember, sebuah traktor jenis Hangcha Aviation Model…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, inisiatif ini…
Berita Domestik
Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman…