Pos Malaysia: Keutamaan kepada bekas ejen Pos Rider jika permintaan meningkat

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Pos Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan hari ini dengan memberikan penerangan lanjut berkenaan rasionalisasi program khidmat luaran (outsourcing) Pos Rider baru-baru ini, yang dilaksanakan pada 1 Julai 2021.


Dalam kenyataan tersebut, Pos Malaysia mengambil maklum kebimbangan yang disuarakan oleh ejen-ejen Pos Rider yang terlibat dengan pelaksanaan rasionalisasi tersebut.


Program Pos Rider ini telah membantu menyampaikan lebih banyak bungkusan sejak diperkenalkan pada tahun 2019, dan pihak Pos Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua ejen Pos Rider yang telah berkhidmat dalam inisiatif ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walau bagaimanapun, dua perubahan utama pada segmen pos dan kurier telah mendorong kepada pelaksanaan rasionalisasi ini.

 


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat penurunan ketara dalam jumlah mel biasa di seluruh negara. 

 

Seiring dengan penurunan ini, pertumbuhan e-dagang pula telah memperkembangkan perniagaan kurier. Pandemik COVID-19 juga telah mendorong perkembangan perniagaan kurier, kerana semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk kekal berada di rumah dan membeli-belah secara atas talian.

 

Penurunan jumlah mel biasa telah menyebabkan lebihan kapasiti tenaga kerja di kalangan kakitangan posmen Pos Malaysia.

 

Maka amat wajar bagi Pos Malaysia untuk membuka peluang kepada petugas-petugas posmen yang sedia ada ini untuk menghantar bungkusan kurier; mereka dapat memperoleh pendapatan tambahan dan memenuhi lebihan kapasiti ini.

 


Namun, demi keseimbangan, Pos Malaysia kini memutuskan bahawa bekas ejen Pos Rider akan diberi keutamaan ketika ada peningkatan jumlah bungkusan, dalam kapasiti secara sambilan. 

 


Jumlah bungkusan lazimnya melalui peningkatan pada waktu-waktu tertentu sepanjang tahun; ini didorong oleh jualan khas oleh peruncit, musim perayaan, jualan tarikh khas (seperti 9.9, 11.11) dan seumpamanya. 

 


Ini akan membolehkan bekas ejen Pos Rider memanfaatkan lonjakan tersebut, sekaligus membantu Pos Malaysia mengekalkan kecekapan kos.

 

Pos Malaysia tetap kekal komited untuk memastikan kemampanan dan daya maju perniagaannya.

 


Oleh itu, dengan pandemik yang mempengaruhi segmen perniagaan lain dalam Kumpulan, perancangan semula strategi, kos dan penggunaan sumber untuk perniagaan Pos Malaysia akan terus dilakukan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam ujian POC bermula 1 November hingga 1 Disember, sebuah traktor jenis Hangcha Aviation Model…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, inisiatif ini…
Berita Domestik
Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman…