Portbike Motoday 2020 berjaya tarik kunjungan 20,000 Mat Motor!

oleh Mohamad Hanif|
Jitra – Lebih 20,000 orang membanjiri Portbike Motoday (PMD2020) yang berlangsung di perkarangan Portbike, Tanah Merah Jitra di sini hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penganjuran program pada satu hari ini bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 itu menyasarkan golongan belia yang meminati aktiviti bermotor khususnya dua roda.

Pelbagai aktiviti yang telah disusun seperti kerohanian, motoshow, cabutan bertuah, forum keselamatan, sesi soal jawab, booth-booth jualan serta persembahan artis.

Kemuncak acara menyaksikan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Yamaha Y15ZR berjaya dimenangi oleh Mohd Azaruddin Adanan dari Wang Tepus, Kubang Pasu.

 


Manakala sebuah Yamaha RX-Z (yang telah dipulihkan sepenuhnya) bernilai RM12,000 telah dimenangi oleh Muhamad Yusri Bin Md Salleh dari Bayan lepas, Pulau Pinang.

Pengerusi seketariat penganjuran PMD2020 Encik Mohd Shahrizal Bin Ramli berkata, program ini mempunyai kelainan berbanding penganjuran Motorday yang lain dan ia mengabungkan beberapa cabang aktiviti permotoran dua roda utama yang segar di Semenanjung Malaysia. 

Selain itu juga, acara tersebut turut menyatukan pemilik serta peminat arena permotoran tanpa mengira latar belakang berhimpun bagi berkongsi dalam penganjuran berskala besar yang julung-julung diadakan di daerah ini.

 


Exco Belia Dan Sukan Negeri Kedah, YB Asmirul Anuar berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan membantu sebaik mungkin walaupun ada sedikit kekurangan. 

Walaubagaimanapun golongan belia perlu kreatif meneroka lebih banyak peluang dengan menggunakan kaedah rentas bidang seperti sektor permotoran dan pelancongan sebagai langkah meningkatkan produktiviti. Aktiviti  sebegini dilihat mampu mencetuskan peluang dan memberikan manfaat serta faedah di samping menyatukan penggiat dalam pelbagai sektor.

“Skop permotoran adalah rentas budaya dan bangsa jadi penganjuran kali ini bertujuan untuk menjadi platform penyatuan semua pihak dalam sektor permotoran termasuk pihak industri dan kerajaan,” katanya ketika dalam ucapan majlis penutup PMD 2020.
 


Aktiviti rohani dan kemasyarakatan juga diterapkan dalam PMD2020 ini dengan kutipan tabung derma kilat mengutip dana tabung perjalanan & pengurusan Masjid  Mat Moto Se-Malaya yang akan didirikan di daerah selatan Thailand.

Bekas Pelumba tanah air Wazi Abdul Hamid turut hadir bersama dan sempat memberikan nasihat kepada golongan belia ini tentang kempen keselamatan jalanraya dan  mengajak rider-rider semua menjadi penunggang yang lebih berpengetahuan di jalan raya. 

“Berkenaan segelintir ‘bikers’ yang berperangai yang pelik sikit itu sebenarnya mampu dihindar. Kita sebagai masyarakat dan pihak kerajaan harus bantu mereka dengan mekanisma terbaik  dan bukannya membiarkan atau terus menghukum.” Ujar Wazi Abdul Hamid.
 


Selain Wazi Abdul hamid, turut dihadiri artis jemputan Achey dan idola permotoran Obert Motorbert.

PMD 2020 mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kerajaan Negeri Kedah, Tourism Kedah dan barisan penaja Eyeware Mata, RK-M, Koyoko, Givi, Wahan Auto, Kenda Tyre, Syed Ammar, HGSB, DMG, Ecostar dan banyak lagi.