Port 'wheelie' Taman Kota Masai kena gempur

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Raja Jaafar Ali
Polis Johor menggempur Taman Kota Masai di sini yang dikenali sebagai ‘sekolah wheelie’ dalam kalangan penduduk sekitar kerana lokasi itu popular dengan pelbagai kesalahan melibatkan motosikal.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kawasan itu merupakan antara lokasi panas atau ‘hot-spot’ yang dikesan dalam pelaksanaan Op Khas – Ekzos Bising yang dijalankan di seluruh negeri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, sejak 1 Mac lalu, sebanyak empat operasi khas seumpama itu telah dijalankan di kawasan berkenaan.

 

“Sejak Op Khas ini dimulakan pada 1 Mac hingga semalam, polis telah menjalankan sebanyak 110 operasi melibatkan 4,440 buah kenderaan telah diperiksa.

 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 817 saman berkaitan kesalahan ekzos dikeluarkan, manakala 138 kompaun melibatkan kesalahan dibawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 146 kompaun di bawah kesalahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

“Selain itu, polis turut menyita 276 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan modifikasi yang menyalahi undang-undang,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengikuti Op Khas – Ekzos Bising yang diadakan di Taman Kota Masai, di Pasir Gudang, Johor.

 

Op Khas – Ekzos Bising itu dijalankan atas saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagi membasmi kegiatan ekzos bising di seluruh negara.

 

Dalam pada itu, Ayob Khan turut membidas tindakan segelintir pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikai penguatkuasaan diambil pihak berkuasa berhubung kegiatan ini.

 

“Modifikasi yang dijalankan terhadap motosikal ini dianggarkan berharga antara RM4,000 hingga RM14,000, manakala denda yang dikenakan hanyalah RM2,000. 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Bernama menyebut, Majistret Muhammad Fitri Mokhtar menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh…