Porsche yakin bahan api sintetik akan digunakan pada masa akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin dalam masa beberapa tahun akan datang, kebanyakan kenderaan sudah mula terdiri daripada kereta berkuasa elektrik, atau kereta hibrid (termasuk PHEV) dan kereta berkuasa hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun bagi sesetengah pihak, mereka percaya enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine, ICE) masih lagi akan menguasai jalanan, namun dalam bentuk yang lebih mesra alam.

Porsche seperti contoh sedang menjalankan kajian bagi terus mengekalkan peranan kenderaan konvensional dengan penggunaan bahan api sintetik, dan telah pun menguji keberkesanan bahan api tersebut termasuklah pada model-model klasik Porsche.

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Hagerty, ketua eksekutif Porsche Oliver Blume masih percaya kereta berenjin masih lagi akan dipandu pada masa akan datang.

"Kami yakin bahan api sintetik yang dihasilkan dengan 100 peratus tenaga yang boleh diperbaharui mempunyai potensi untuk menjadi satu elemen penting pada masa akan datang.

 

gambar contoh


Menurut Porsche, bahan api sintetik ini dibangunkan dengan menghasilkan hidrogen dan menggandingkannya dengan karbon untuk membentuk metanol, sebelum dijadikan sebagai pengganti gasolin untuk menjana tenaga pada kereta.

Porsche juga turut menjalankan program perintis bagi menguji bahan api sintetik ini pada model-model klasik 911 seperti siri 993, dan hasilnya adalah positif.

Namun, masalah utama yang timbul adalah kos yang melebihi $10 (RM40.64) per liter, dan Porsche sedang mencari jalan untuk menurunkan harga kepada tidak melebihi $2 (RM8.13) per liter untuk memastikan tidak begitu mahal berbanding petrol dan diesel.

"Kami sedang mencari rakan untuk mengendalikan teknologi, dan penghasilan produk akhir, manakala tugas kami pula adalah untuk mencari resipi yang terbaik, supaya bahan api ini boleh digunakan pada enjin pembakaran dalaman kami," jelas beliau lagi.

Namun, Blume mengakui ia adalah satu jalan yang sangat panjang untuk menjadikan bahan api sintetik ini satu realiti, dan percaya ia mampu tersedia dalam tempoh 10 tahun lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Fasiliti Haru Oni tersebut dibuka secara rasmi oleh Menteri Tenaga Chile, Diego Pardow dan…
Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-110, Bertone kini tampil dengan model binaan khas…
Berita Global
Terbaharu, syarikat Jerman itu mengumumkan pelaburan terkini bernilai $75 juta (RM316 juta) di…