Porsche Virtual Roads - rakam jalan sebenar, boleh terus main dalam game!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Way Ahead Technologies bagi membangunkan sebuah program yang dinamakan sebagai Virtual Roads.

Dengan adanya Virtual Roads, ia mampu mengubah mana-mana jalan kegemaran dalam dunia sebenar untuk menjadikannya sebagai lokasi perlumbaan di dalam permainan simulasi.

Project Virtual Roads ini hanya memerlukan satu aplikasi yang menggunakan teknologi kepintaran buatan (dan juga peranti pintar), di mana pemandu perlu menggunakannya untuk mengimbas lokasi dalam dunia sebenar.

Hasil imbasan seperti jalan raya, penghadang jalan dan juga segala benda yang wujud di persekitaran akan dihasilkan kembali dalam bentuk digital tiga dimensi.
 

Virtual Roads


Menurut Way Ahead Technologies, versi terkini program tersebut mampu mendigitalkan sehingga lapan kilometer jalan raya dalam masa kurang dari satu jam, bergantung kepada tahap kesukaran.

Malah, program yang dibangunkan ini juga mampu merakam karakteristik jalan itu sendiri, seperti contoh jalan yang tidak rata serta gegaran yang dirasai sewaktu pemanduan dalam dunia sebenar.

Menurut Porsche, Virtual Roads ini mampu disesuaikan dengan beberapa permainan video termasuklah Assetto Corsa.

Baca: Jalan Batang Kali kini di dalam Asetto Corsa

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.52 petang dan seramai lima anggota serta…
Berita Global
Porsche menawarkan program Roof Tent Experience berupa trip selama tiga hari dua malam ke dua…
Berita Global
Diess berkata komitmen dua jenama itu untuk Formula 1 akan hanya menguntungkan syarikat kerana itu…