Porsche Turbo Charger - Cas EV 5 minit dapat sehingga 100km!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dalam membangunkan kereta elektrik ada beberapa perkara yang perlu ditimbangkan oleh pengeluar. Di antara yang utama ialah infrastruktur pengecasan. 

Disebabkan itu, ada pengeluar yang menjual kereta siap dengan pakej pengecas. Pembeli boleh memilih untuk memasangnya di rumah atau tempat yang dirasakan perlu.

Ada pengeluar yang membangunkan sendiri infrastruktur pengecasan seperti Porsche Leipzig, Saxon, Jerman.

Pusat pengecasan yang terbuka untuk mana-mana kereta elektrik atau hibrid itu dinamakan Porsche Turbo Charging.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Porsche Leipzig

 

Jumlah kapasiti keseluruhan di Saxon itu termasuk enam poin pengecasan pantas dalaman ialah tujuh megawatt yang menjadikan Porsche Leipzig sebagai pusat pengecasan pantas paling berkuasa di Eropah.

Kemudahan itu beroperasi dengan elektrik yang bersumberkan tenaga diperbaharui sepenuhnya.

Di pusat pelanggan Porsche ada 12 poin pengecasan pantas 350 kW (arus aliran terus) dan empat poin pengecasan 22 kW (arus aliran berbalik/alternating) yang berfungsi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk kesemua jenama kenderaan.

Dalam fasa ujian percubaan sehingga penghujung Mac, pengecasan pantas ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna dan kemudian baru bayaran dikenakan.

 

Porsche Leipzig

 

Poin pengecasan pantas Porsche Turbo Charger dibangunkan oleh Porsche Engineering dan merupakan standard baharu dalam masa pengecasan.

Bergantung kepada model kenderaan, pengecasan sehingga 100 kilometer boleh dicapai dalam masa lima minit sahaja.

Kesemua kenderaan yang mempunyai sambungan Combined Charging System (CCS2) boleh menggunakan fungsi pengecasan pantas.

 

Porsche Taycan

 

Selain mengecas kenderaan, pelanggan juga boleh mengambil kesempatan untuk melawat kemudahan di Pusat Pelanggan Porsche dan juga menempah slot pengalaman pemanduan di litar Leipzig.

Porsche sekarang ini dalam proses mempersiapkan kilang di Leipzig untuk mobiliti elektrik. Di antaranya ialah fasiliti untuk Macan baharu yang akan menjadi siri elektrik sepenuhnya. 

Kilang di Leipzig juga adalah pusat pengeluaran Panamera Hybrid manakala pelanggan Taycan boleh menerima serahan kereta mereka dan kemudian menikmati pemanduan di litar Porsche yang diiktiraf FIA.

Penulis: Muhammad Md Tajudin