Porsche Tri-Wing S91X Pegasus Starfighter - bila Porsche hasilkan kapal angkasa!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan, akhirnya anda (dan para peminat filem Star Wars) dapat melihat hasil kerja rekaan Porsche di dalam filem yang bakal ditayangkan Disember ini, iaitu Star Wars: The Rise of Skywalker.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama antara Porsche AG dan Lucasfilm Ltd, mereka kini memperlihatkan hasil akhir pesawat pejuang/kapal angkasa berbentuk model berskala 1.5 meter yang diberikan nama Tri-Wing S91X Pegasus Starfighter.
 


Menurut Doug Chiang, Naib Presiden dan Pengarah Eksekutif Kreatif Lucasfilm berkata, "ia merupakan satu perkara yang sangat mencabar dalam memasukkan elemen Porsche ke dalam Star Wars bagi mencipta satu kapal angkasa yang ikonik. 

Michael Mauer, Naib Presiden Style Porsche di Porsche AG menyebut, "rekaan kapal angkasa ini sememangnya direka untuk 'masuk' ke dalam dunia Star Wars, dan dalam masa yang sama mendemostrasikan analogi yang jelas karakteristik rekaan Porsche.

Walaupun 'kapal angkasa' Porsche ini hanya muncul beberapa saat di dalam filem tersebut, pasukan pereka perlu menjadikan Tri-Wing ini sesuatu yang impresif dan boleh dikenali oleh para peminat Porsche. 
 


Ini termasuklah mengasimilasikan beberapa rekaan Porsche yang ikonik seperti:

  • rekaan hadapan 'air curtain' daripada Porsche Taycan
  • lampu hadapan dan belakang diambil daripada rekaan lampu nyalaan siang empat poin Porsche
  • rekaan belakang dengan lampu ketiga terbina daripada Porsche 911 (generasi 992)
  • posisi tempat duduk yang rendah dan ergonomik daripada Porsche 918 Spyder

Untuk para peminat Porsche dan Star Wars yang mahu melihat dengan lebih dekat Tri-Wing S91X Pegasus Starfighter ini, filem The Rise of Skywalker akan mula ditayangkan pada 19 Disember ini.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…