Porsche terkejut 70 peratus pembeli 911 GT3 di Amerika pilih transmisi manual!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak kira mana-mana pasaran sekalipun, transmisi manual merupakan antara pilihan kotak gear yang sukar untuk mendapat tempat, memandangkan rata-rata pengguna lebih menggemari transmisi automatik yang lebih menyenangkan pemanduan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, lain pula ceritanya untuk model Porsche 911 GT3, atau lebih tepat lagi Porsche 911 GT3 yang diperkenalkan kembali pada tahun 2017 dengan transmisi manual.

Menurut ketua unit sukan permotoran Porsche, Frank-Steffen Walliser menjelaskan, sambutan umum terhadap model bertransmisi manual itu 'sungguh luar biasa'.

Ujar beliau, ketika Porsche membuat keputusan untuk memperkenalkan kembali transmisi manual pada Porsche 911 GT3, beliau meramalkan sambutan terhadap model tersebut agak rendah.

"Kami agak terkejut dengan sambutan yang diterima," tambah beliau.

 


Secara keseluruhan, 30 peratus daripada pembeli GT3 di peringkat global memilih untuk memandu model 911 GT3 transmisi manual, dan ia jauh lebih tinggi berbanding 20-25 peratus yang memilih kotak gear tersebut bagi varian-varian 911 yang lain.

Namun, lebih mengejutkan adalah sambutan yang diterima di negara Amerika Syarikat, di mana 70 peratus daripada pembeli di Amerika memilih untuk memandu Porsche 911 GT3 versi manual!

Dari segi prestasi, transmisi manual bukanlah satu pilihan bagi mereka yang mementingkan pecutan 0-60 batu sejam, memandangkan transmisi PDK yang jauh lebih moden memberikan pecutan yang lebih pantas.

Akan tetapi bagi sesetengah pelanggan, transmisi manual memberikan satu pengalaman pemanduan yang sukar untuk dilupakan, dan menjadikan mereka lebih dekat dengan kereta itu sendiri.

 


Porsche 911 GT3 2022 yang dilancarkan baru-baru ini dilengkapi dengan enjin flat-six 4.0 liter aspirasi natural yang menghasilkan 502 kuasa kuda dan 469 Nm daya kilas, dan boleh didapati dalam kedua-dua versi transmisi manual atau PDK.

Malah dalam ujian yang dijalankan, Porsche 911 GT3 mampu mengelilingi litar Nurburgring dalam masa kurang tujuh minit, salah satu angka yang cukup menakjubkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…