Porsche Taycan Turbo S kini kereta terpantas di dunia kategori dalam bangunan

oleh Mohamad Hanif|
Ketika PKP dilaksanakan, tidak banyak aktiviti sukan permotoran yang boleh dijalankan, dan aktiviti pandu uji media juga tidak boleh bergerak dengan lebih jauh merentasi sempadan negeri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh sebab itu salah satu cara yang boleh dilakukan oleh para pengeluar ketika Perintah Kawalan Pergerakan adalah membuat rekod kereta terpantas di dalam bangunan.

Porsche baru-baru ini telah memecahkan rekod dunia untuk gelaran kereta terpantas dipandu di dalam bangunan (165.1 km/j) dengan menggunakan Porsche Taycan Turbo S, dan rekod ini disahkan sendiri oleh Guinness World Records.

 


Rekod tersebut berjaya dicatatkan di Ernest N. Morial Convention Center di mana ia diiktiraf sebagai salah satu dewan pameran terbesar di Amerika Syarikat dengan keluasan sekitar 92,903 meter persegi!

Walaupun ruang yang disediakan agak luas, pemandu Porsche Taycan Turbo S Leh Keen mendapati lantai konkrit yang digilap itu menyerupai sifat ais apabila ia dipandu melebihi kelajuan tertentu.

"Permukaan tersebut sukar untuk diduga, sangat licin, dan anda perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kereta, dan ketika flat-out anda akan berhadapan dengan dinding yang sangat keras di hadapan," ujar beliau.

 


Dalam cubaan pertama, Leh Keen menggunakan fungsi launch control untuk mendapatkan permulaan yang baik sebelum berjaya mencecah kelajuan 165.1 km/j.

Dengan catatan terbaharu ini, beliau berjaya memadamkan rekod terdahulu yang dipegang selama tujuh tahun, dengan kelebihan kelajuan 26.7 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk merealisasikan cita-cita tersebut, Porsche baru-baru ini memperlihatkan sebuah model konsep…
Berita Global
Terbaharu, Porsche berjaya memecahkan rekod yang dicatatkan oleh model 911 GT3 terdahulu, dengan…
Berita Global
Cubaan tersebut dibuat pada tanggal 30, 31 Oktober dan 1 November yang lalu bertempat di lapangan…