Porsche Taycan sah masuk pasaran Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita gembira kepada para peminat kereta buatan Stuttgart yang menantikan kehadiran Taycan di tanah air.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh rakan media Paultan.org, Porsche dikatakan akan membawa masuk Porsche Taycan ke pasaran Malaysia menjelang tahun hadapan. 

Kemasukan model elektrik ini adalah selari dengan langkah Porsche memperkembangkan lagi pengaruh kuat mereka di Malaysia, memandangkan pada tahun yang sama pusat pameran 4s keempat Porsche bakal beroperasi di Johor Bahru. 
 


Porsche Taycan dikatakan bakal hadir dengan kuasa standard 600 hp (angka tidak rasmi) dengan daya pecutan sepantas 3.5 saat dari pegun ke 100 km/j, terima kasih kepada konfigurasi motor elektrik berkembar yang digunakan. 

Dalam satu pengecasan penuh, Porsche Taycan didakwa mampu berjalan sejauh 500 km mengikut data kitaran NEDC, dibantu dengan sistem pengecasan pantas DC 800-voltan yang memberikan jarak 100 km dalam masa empat minit sahaja

Porsche Taycan dijangka akan dilancarkan lewat penghujung tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…