Porsche Taycan RWD tiba di Malaysia, bermula dari RM585 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Porsche baru-baru ini telah pun selesai melancarkan varian aras mula sedan elektrik Porsceh Taycan di Amerika Syarikat, dan menariknya ia sudah pun boleh didapati di Malaysia menjelang Mac 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sime Darby Auto Performance dalam masa yang sama mengumumkan harga jualan Porsche Taycan aras mula itu bermula dari RM 605,000, atau RM584,561 dengan pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun 2021.

Untuk Taycan aras mula, Porsche menawarkan dua kapasiti bateri, iaitu Performance Battery dek tunggal 79.2 kWh (jarak operasi 431 km), atau opsyen Performance Battery Plus dek berkembar berkapasiti 93.4 kWh dan membenarkan jarak operasi sejauh 484 km mengikut data WLTP.

 


Taycan baharu ini dilengkapi dengan motor elektrik tunggal (402 hp/344 Nm) dengan konfigurasi pacuan roda belakang, dan sistem transmisi dua kelajuan yang membenarkan pecutan sepantas 5.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j.

Menurut Porsche, dengan kapasiti pengecasan sehingga 225 kW (atau 270 kW dengan Performance Battery Plus), bateri Taycan ini mampu dicas dari 5-80 peratus dalam tempoh 22.5 minit sahaja, atau penambahan jarak sejauh 100 km dalam masa lima minit sahaja.

Antara kelengkapan unik yang ada pada Taycan aras mula ini termasuklah rim Taycan Aero bersaiz 19 inci, angkup brek dengan kemasan hitam anodiza, sementara kelengkapan lain seperti apron hadapan, side sill, diffuser belakang dan lampu LED adalah sama seperti yang terdapat pada Taycan 4S.

 


Porsche Taycan ini turut didatangkan dengan ciri sistem suspensi adaptif (PASM) dengan fungsi Smartlift yang membolehkan kadar kelegaan tanah ditinggikan untuk keadaan pemanduan yang memerlukan, selain boleh ditetapkan untuk keseimbangan antara efisiensi dan keselesaan pemanduan.

Secara standard, Taycan hadir dengan angkup brek aluminium monobloc enam omboh di hadapan, dan empat omboh di bahagian belakang, sementara cakera pula bersaiz 360 mm depan dan 358 mm belakang.

Untuk mereka yang mahukan spesifikasi yang lebih berkuasa, Porsche turut menawarkan opsyen Porsche Surface Coated Brake (PSCB) dengan diameter rotor 410 mm depan dan 365 mm belakang.

 


Sementara ruang dalaman pula merupakan antara model pertama Porsche yang ditawarkan tanpa bahan kulit sepenuhnya, di mana ia dibina dengan menggunakan bahan kitar semula yang inovatif selari dengan konsep kereta elektrik sports yang lebih mampan.

Untuk ruang storan, Taycan menawarkan sehingga 84 liter ruang kargo hadapan (frunk), ditambah dengan 407 liter ruang kargo di bahagian belakang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…