Porsche Taycan lulus ujian ketahanan - 3,425 km dalam masa 24 jam!

oleh Mohamad Hanif|
Nun jauh di litar ujian Nardo, pasukan penguji Porsche telah berjaya membuktikan ketahanan model pra-produksi Taycan sebelum acara pengenalan rasminya pada 4 September nanti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dengan suhu puncak mencapai angka 42 darjah Celcius, dan suhu litar yang mampu mencecah 54 darjah Celcius, Taycan berjaya dipandu sejauh 3,425 km dalam masa 24 jam, dengan kelajuan purata dicatatkan antara 195-215 km/j!

Dalam tempoh 24 jam itu, Porsche Taycan perlu berhenti beberapa kali untuk sesi pengecasan pantas dan juga penukaran enam orang pemandu. 
 


Ia merupakan perlumbaan masa, ketahanan jentera serta kemampuan para pemandu bagi memastikan ujian endurance ini berjalan lancar. 

Di akhir sesi ujian, Naib Presiden Barisan Produk Taycan, Stefan Wechbach berkata, "kami berasa lega kerana Taycan berjaya menguasai ujian ketahanan ini tanpa sebarang masalah."

Antara penyumbang utama kepada kejayaan Taycan ialah teknologi sistem berkuasa 800 voltan yang diperoleh daripada jentera lumba serta juara tiga kali 24 Hours of Le Mans, 919 Hybrid. 
 


Teknologi 800 voltan ini membolehkan kuasa yang lebih tinggi dicapai, selain mampu mengurangkan masa pengecasan, mengurangkan beban berat terhadap kereta serta menjimatkan ruang yang diperlukan untuk tujuan pendawaian. 

Sistem pengurusan haba canggih yang ada pada Taycan turut membantu mengelakkan kehilangan kuasa yang ketara akibat penghasilan haba yang keterlaluan, serta memastikan suhu optimum bagi proses pengecasan yang lebih berkesan. 

Menurut Stefan lagi, Taycan akan dipastikan untuk bergerak ke seluruh dunia sehingga enam juta kilometer lagi sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada akhir tahun ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…