Diposisikan antara model Taycan 4S dan Taycan Turbo, Taycan GTS menawarkan jarak pemanduan sehingga 504 km, menjadikannya model Taycan pertama yang mampu memecahkan tanda 500 km.
Dari segi prestasi, Taycan GTS mampu menghasilkan kuasa setinggi 598 PS dengan menggunakan ciri Launch Control, pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat dan kelajuan tertinggi 250 km/j.

Antara ciri standard yang dimuatkan termasuklah sistem suspensi udara yang turut merangkumi Porsche Active Suspension Management (PASM), sistem bunyi Porsche Electric Sound Sport yang diperkaya, serta tidak ketinggalan penawaran ciri stereng gandar belakang sebagai ciri opsyen.
Satu lagi ciri opsyen yang ditawarkan adalah bumbung panorama dengan Sunshine Control yang terdiri daripada filem kristal cecair yang terbahagi kepada sembilan segmen dan boleh dikawal tahap ketelusan cahayanya (Clear, Matte, Semi, Bold) menggunakan kuasa elektrik.

Selain daripada penawaran model Taycan GTS, Sime Darby Auto Performance turut mengemaskini penawaran Taycan sedia ada, di mana model Taycan dan Taycan Cross Turismo kini hadir dengan Premium Package sebagai ciri standard.
Ia merangkumi kelengkapan seperti pengecas AC on-board 22 kW, kabel pengecas Mobile Charger Connect, Home Energy Manager, sistem kawalan iklim Advanced Climate Control empat zon, cermin sisi boleh lipat berkuasa elektrik, skrin paparan tambahan untuk penumpang, serta Park Assist.
Harga jualan Taycan 2022 (termasuk pengecualian SST) adalah seperti berikut:
Taycan - RM508,000
Taycan 4S - RM595,000
Taycan Turbo - RM793,000
Taycan Turbo S - RM934,000Taycan Cross Turismo - RM555,000
Taycan 4S Cross Turismo - RM617,000
Taycan Turbo Cross Turismo - RM798,000