Porsche Taycan - EV paling laku di Malaysia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya perhitungan Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport, pengedar dan bakal menjadi pemasang rasmi produk Porsche sudah membuahkan hasil.

Dari sumber Careta, SDAP sudah menjual lebih dari 150 unit Porsche Taycan untuk tahun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini jauh lebih banyak dari apa yang dijangkakan oleh industri sendiri kerana sambutan kenderaan elektrik (EV) sebelum ini tidak mendapat perhatian yang tinggi.

Kebanyakan EV terjual kurang dari 30 unit setahun dan selama ini, model Renault Zoe adalah yang paling banyak di atas jalanraya kerana lebih dari 50 unit dibeli oleh Comos untuk projek EV sewaan.

Nissan Leaf juga antara yang popular tetapi hanya terjual di bawah 20 unit setahun, walaupun boleh didapati dari mana-mana pengedar Nissan di seluruh negara.

Antara punca kejayaan SDAP dengan model supercar elektrik Taycan ini mungkin boleh dikatakan disebabkan faktor-faktor di bawah:

  1. Jenama Porsche yang cukup kuat, serta rekod produk dan khidmat selepas jualan yang baik.

  2. Pengiktirafan dunia untuk Porsche Taycan melalui pelbagai anugerah berprestij.

  3. Taycan yang memang lebih praktikal berbanding dengan jentera-jentera sport Porsche yang lain.

  4. Sasaran pembeli Porsche yang peka terhadap perubahan tren global dan faham kelebihan dan batasan sebuah jentera EV.

  5. Kemahuan pembeli yang sudah muak dengan jentera-jentera "biasa" berenjin dan mahukan sesuatu yang lain.

  6. Harga yang munasabah (dari RM584,561) dan dengan waranti yang boleh dilanjutkan sehingga 15 tahun dan waranti bateri selama lapan tahun.

  7. Prasarana pengecaj khusus untuk pengguna Porsche sahaja di pusat jualan mereka, meningkatkan nilai eksklusiviti.

Kejayaan Porsche ini jelas akan diikuti dengan pengenalan model-model EV premium baharu dari BMW dan Mercedes-Benz yang mahu menggunakan insentif EV yang telah diumumkan oleh kerajaan bulan lalu.

Kerajaan Malaysia telah mencadangkan jualan EV diberikan insentif untuk bebas dari semua jenis cukai, termasuk duti import dan duti eksais. Selain dari itu, cukai jalan juga dicadangkan terlupus 100 peratus untuk semua EV dan ditambah dengan pengurangan cukai RM2,500 untuk pembeli, penyewa dan yang pernah membayar untuk mengecaj EV.

Untuk yang mahukan Tesla pula, pengimport-pengimport persendirian ada membawa masuk jenama EV terkenal itu tetapi tidak ada pakej waranti yang jelas dan tidak ada perkhidmatan selepas jualan yang disediakan.

Di bawah ialah video pandu uji Careta untuk Porsche Taycan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…