Porsche Taycan dipanggil semula di US akibat risiko suspensi gagal berfungsi

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan kali pertama sedan elektrik Porsche Taycan terlibat di dalam kempen panggil semula yang diumumkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut dokumen rasmi, Porsche Taycan (bersama-sama model 911, Cayman dan Boxster) didapati mempunyai risiko suspensi gagal berfungsi akibat sambungan nut dan bolt yang longgar, menyebabkan kenderaan hilang kestabilan dan kawalan.

Kempen recall ini melibatkan keseluruhan varian Taycan 2021 termasuklah model asas, 4S, Turbo dan Turbo S, sementara model lain yang terlibat adalah 911 (Carrera, S, 4S, Turbo, Turbo S), 911 Convertible (Carrera, S, 4S, Turbo S, 4S Targa, dan 4S Targa Heritage Design Edition), Cayman (T, S, GT4), serta 718 (Spyder dan Boxster).

Secara keseluruhan, hanya 396 unit sahaja kenderaan yang terlibat di dalam kempen panggil semula ini, dan pemilik perlu membawa kenderaan mereka ke pusat pengedar untuk proses pembaikan dengan menggantikan nut dan bolt baharu serta mengetatkannya mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Setakat ini, Careta telah pun berjaya mendapatkan info bahawa unit Taycan yang terjual di Malaysia tidak terjejas akibat kempen panggil semula ini.


Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…