Porsche Taycan diiktiraf saintis sebagai kereta paling inovatif dalam dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta elektrik pertama Porsche, Taycan telah diiktiraf sebagai kenderaan paling inovatif di dalam dunia dengan 27 pencapaian baharu, dan hampir separuh daripadanya merupakan pencapaian yang pertama di dunia.
Modenas

Hal ini diputuskan oleh laporan AutomotiveINNOVATIONS terbaharu yang diterbitkan oleh Centre of Automotive Management (CAM), di mana inovasi yang dibawakan oleh Porsche Taycan termasuklah senibina 800-volt, transmisi dua kelajuan pada gandar belakang, kadar pemulihan kuasa sehingga 265 kW, dan kadar pekali seretan terbaik di dalam segmen (0.22).

Center of Automotive Management merupakan institusi kajian saintifik bebas yang menjalankan rundingan strategik, serta penyelidikan automotif dan mobiliti empirikal di University of Applied Sciences (FHDW) di Bergisch, Gladbach.

 


Pihak CAM telah pun menjalankan analisa terhadap inovasi yang dibawakan oleh pengeluar automotif global semenjak tahun 2005, dan dengan kerjasama syarikat PricewaterhouceCoopers (PwC) mereka telah berjaya menemukan inovasi yang paling cemerlang daripada 250 buah kenderaan yang dinilai sepanjang 2019/2020.

Selain daripada merangkul anugerah Most Innovative Model, Porsche Taycan turut berjaya memenangi 40 buah anugerah bertaraf antarabangsa seperti:

  •     World Car of the Year 2020 in both World Performance Car and
  •     World Luxury Car categories: World Car of the Year (WCOTY)
  •     Car of the Year: BBC TopGear Magazine (UK)
  •     Game Changer of the Year: BBC TopGear Magazine (UK)
  •     The China Green Car of the Year: Chinese Car of the Year (CCOTY)
  •     German Car of the Year (GCOTY)

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana mengikut data kadar penjualan kenderaan yang diumumkan oleh Porsche, mereka mendapati…
Pelancaran
Bermaksud "semangat kuda liar yang muda", Taycan (Tay-Kan) datang dengan pakej waranti dan…
Berita Global
Disebabkan tahap penerimaan yang cukup positif, Porsche nampaknya terpaksa meminjam pekerja…