Porsche Taycan dengan kit badan Prior Design - mantap!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pakar dalam menghasilkan kit badan untuk kenderaan berenjin pembakaran dalaman, hasil kerja Prior Design juga tidak asing bagi para pemilik kereta elektrik, terutama Tesla Model S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Melihatkan kepada potensi yang ditunjukkan oleh kereta elektrik Porsche, Prior Design tidak membuang masa lagi lantas melancarkan kit badan yang tersendiri untuk model Porsche Taycan itu.

Malah, syarikat tersebut turut mengiktiraf Taycan sebagai 'platform paling sempurna buat kenderaan yang ditakdirkan untuk ditala'.

 


Berdasarkan imej yang diberikan, Prior Design telah menambah kit badan lebar bagi menampilkan imej yang lebih agresif kepada Taycan, ditambah pula dengan pemasangan sayap belakang yang cukup besar.

Terima kasih kepada penambahan kit badan tersebut (dengan bukaan ruang udara tambahan), Porsche Taycan Prior Design kini 60 mm lebih lebar di hadapan, dan 100 mm di bahagian belakang.

 


Fender yang lebar tersebut diserikan dengan pemasangan skirt sisi, serta set rim bersaiz 22 inci. Tidak ketinggalan, terdapat diffuser pada kedua-dua bumper bagi memberikan penampilan stance yang lebih rendah.

Menurut Prior Design, kesemua komponen yang ditawarkan boleh dihasilkan menggunakan bahan karbon berkualiti tinggi, manakala bagi mereka yang mahukan kereta low profile, pakej kit badan yang 'kurang dramatik' juga turut ditawarkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…