Perjalanan EV tersebut bermula dari Tasik Ayding, wilayah Xinjiang yang terletak 218.845 meter di bawah aras laut, sebelum mencecah puncak Hongtu Daban, Tibet pada ketinggian 5,355.1 meter di atas aras laut.

Sepanjang tempoh 10 hari pengembaraan, Taycan Cross Turismo itu telah menempuh beberapa laluan off-road yang popular seperti Tomur Grand Canyon, Tarim Poplar Forest, Sansha Desert Highway, Dokuo-Lunque Highway dan G219 National Highway.
Selain daripada menggunakan stesen pengecasan 22 kW dan 120 kW, kedua-dua EV itu turut bergantung kepada pengecasan yang disediakan oleh trak sokongan EnjoyElec yang disokong oleh Porsche Ventures.

Dalam keadaan cuaca sejuk beku, Porsche Taycan Cross Turismo itu turut berjaya mencapai empat kemuncak berturut-turut pada ketinggian melebihi 4,900 meter.
Menurut Porsche, kedua-dua Taycan Cross Turismo itu telah merasai empat musim sepanjang perjalanan, dibantu dengan mod pemanduan Gravel dan sistem brek regeneratif yang dapat menambah jarak gerak untuk pemanduan jarak jauh.