Porsche Taycan Cross Turismo 2022 - crossover wagon elektrik, 761 PS, 0-100 2.9 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar kereta sports dari Jerman Porsche telah memperluaskan penawaran portfolio kenderaan elektrik Taycan dengan melancarkan varian crossover wagon yang digelar sebagai Porsche Taycan Cross Turismo 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, Porsche Taycan Cross banyak menampilkan persamaan dengan model konsep Mission E Cross Turismo yang diperlihatkan pada acara Geneva International Motor Show tahun 2018 dengan membawakan garis bumbung yang lebih panjang, serta elemen off-road seperti cladding pada arca roda, serta penampan batu pada sudut bampar depan dan belakang.

Selain berkongsi senibina elektrik 800 voltan dengan sedan Taycan, Taycan Cross Turismo ini turut menampilkan ciri konfigurasi pacuan semua roda, serta sistem suspensi adaptif Porsche Active Suspension Management (PASM) yang turut hadir dengan fungsi Smartlift.

 


Posisi pemasangan pek bateri menjadikan titik graviti yang lebih rendah, sementara perumah aluminium yang menjadi sebahagian daripada pek bateri bawah lantai itu turut menyumbang kepada struktur keselamatan utama Taycan Cross Turismo ini.

Kesemua Taycan Cross Turismo datang standard dengan mod pemanduan Gravel yang membolehkan ketinggian kelegaan tanah dinaikkan sebanyak 30 mm untuk pemanduan off-road yang ringan.

Namun untuk pemanduan yang lebih dinamik, sistem Porsche Active Aerodinamics (PAA) akan merendahkan kembali suspensi Taycan Cross Turismo ini bagi mengurangkan kadar pekali seretan di bahagian hadapan ketika pemanduan berkelajuan tinggi.

 


Ruang penumpang belakang juga turut bertambah sebanyak 47 mm pada bahagian kepala, serta lebih daripada 1,200 liter kapasiti kargo yang boleh dimuatkan di bahagian belakang, menjadikan Taycan Cross Turismo sebuah kenderaan all-rounder yang sebenar.

Perincian setiap varian Porsche Taycan Cross Turismo adalah seperti berikut:

Taycan 4 Cross Turismo

  • 380 PS (Overboost 476 PS)
  • 0-100 km/j 5.1 saat
  • Halaju maksimum 220 km/j
  • Jarak operasi WLTP 389-456 km

Taycan 4S Cross Turismo

  • 490 PS (Overboost 571 PS)
  • 0-100 km/j 4.1 saat
  • Halaju maksimum 240 km/j
  • Jarak operasi WLTP 388-452 km

 


Taycan Turbo Cross Turismo

  • 625 PS (Overboost 680 PS)
  • 0-100 km/j 3.3 saat
  • Halaju maksimum 250 km/j
  • Jarak operasi 395-452 km

Taycan Turbo S Cross Turismo

  • 625 PS (Overboost 761 PS)
  • 0-100 km/j 2.9 saat
  • Halaju maksimum 250 km/j
  • Jarak operasi 388-419 km

Pek bateri pula adalah jenis Performance Battery Plus yang berkapasiti 93.4 kWh dilengkapkan secara standard untuk kesemua varian Cross Turismo, dan dengan menggunakan sistem pengecasan yang bersesuaian, jarak operasi boleh ditambah kepada 100 km dalam masa lima minit sahaja.

Crossover wagon elektrik ini mampu menyokong sistem pengecasan AC 11 kW, sementara pengecasan on-board berkapasiti 22 kW pula ditawarkan sebagai opsyen.

 


Dari segi kelengkapan standard, Porsche Taycan 4 Cross Turismo menerima ciri seperti lampu utama LED, sistem pendingin hawa dua zon, roda stereng sports, balutan separa kulit di bahagian kabin, serta tempat duduk boleh laras lapan cara berkuasa elektrik.

Sementara model premium Taycan Turbo Cross Turismo pula mendapat tempat duduk dengan larasan 18 cara berkuasa elektrik, kemasan dalaman dua tona, sistem stereng gandar belakang, pakej Sport Chrono dan Porsche Electric Sport Sound.

 


Lebih menarik perhatian adalah pakej aksesori yang ditawarkan oleh Porsche turut merangkumi roof box yang mampu digunakan untuk kelajuan mencapai 200 km/j, serta basikal elektrik e-Bike Sport dan e-Bike Cross yang diinspirasikan daripada karakteristik sporti Taycan, dan dibina daripada kerangka gentian karbon.

Basikal ini juga boleh digantung pada rak belakang yang mampu memuatkan sehingga tiga unit basikal pada satu-satu masa.

Sebagai rujukan, Porsche Taycan Cross Turismo memiliki tanda harga bermula dari 93,635 euros (RM457,189) di pasaran Jerman.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…