Porsche Taycan buat kemunculan rasmi di Asia Pasifik - diiringi Stormtroopers!

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya, Porsche mengambil kesempatan untuk memperlihatkan model sedan elektrik sepenuhnya Porsche Taycan bersama-sama barisan Stormtroopers - watak askar fiksyen di dalam filem Star Wars.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara yang berlangsung di The Float, Marina Bay Singapura itu diadakan bersempena dengan kemunculan rasmi filem Star Wars yang bakal ditayangkan tidak lama lagi - The Rise of Skywalker.

Apa kaitan Porsche dan Star Wars? Adakah Porsche Taycan bakal muncul dan menjadi kenderaan rasmi Stormtroopers di dalam filem tersebut? 

 


Tidak sama sekali, namun dalam satu berita terdahulu, Porsche dilapor menyumbang tenaga di dalam pembikinan sebuah kapal angkasa baharu yang bakal bertempur di dalam filem Star Wars terbaharu itu. 

Menurut Matthias Becker selaku naib presiden bahagian pemasaran luar negara dan pasaran baru Porsche berkata, "Asia Pasifik merupakan salah satu rantau terpenting buat Porsche di mana di situ wujudnya daftar pelanggan dan peminat yang semakin meningkat. 

Sebut berkenaan Porsche Taycan, para pelanggan Porsche boleh mula membeli model tersebut seawal tahun hadapan. 

Tidak diberitakan varian manakah yang bakal memasuki rantau ini, namun berdasarkan kenyataan akhbar yang dibekalkan, model yang bakal mendarat merupakan varian tertinggi Taycan Turbo dan Taycan Turbo S terlebih dahulu. 
 


Dari segi spesifikasi, Porsche Taycan Turbo S didatangkan dengan pek bateri lithium-ion 93.4 kWh dan motor elektrik berkembar yang mampu menjana sehingga 750 kuasa kuda dan 1,050 Nm apabila mod Overboost dipilih. 

Dengan kuasa sedemikian, ia mampu memecut sepantas 2.8 saat dari 0-100 km/j. 

Sistem elektrifikasi 800 voltan yang ada pada Taycan membolehkan EV ini mengambil masa hanya sekitar 22.5 minit untuk mencapai kapasiti 80 peratus. 


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…