Porsche Taycan 2021 mampu pecut 0-200 km/j dalam 9.6 saat guna Launch Control!

oleh Mohamad Hanif|
Jika diikutkan pada garis masa, Porche Taycan dilancarkan buat kali pertama dalam tempoh tidak sampai setahun yang lalu, namun ia tidak sekali-kali menghalang Porsche daripada terus mengemaskini penawaran kereta sedan elektrik tersebut untuk model tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat beberapa aspek yang ditekankan oleh Porsche pada model 2021 ini yang merangkumi prestasi, teknologi serta penampilan yang tersendiri.

Dari segi prestasi, model paling premium Taycan Turbo S kini mampu memecut dari 0-200 km/j dalam masa 9.6 saat sahaja apabila ciri Launch Control diaktifkan, manakala pecutan suku batu pula disingkatkan kepada 10.7 saat sahaja.

 


Selain daripada itu, Porsche Taycan 2021 turut menerima ciri bantuan pemanduan seperti sistem paparan head-up berwarna, serta langganan kepada ciri keselamatan tambahan seperti Active Lane Keep Assist dan Porsche InnoDrive khusus untuk model yang dilengkapi dengan Kawalan Pelayaran Adaptif pada harga €19.50 sebulan (RM97.07 per bulan).

Ciri langganan lain yang boleh didapati menerusi Function on Demand adalah seperti Porsche Intelligent Range Manager (€10.72 atau RM53.36 per bulan) serta Power Steering Plus (€320.71 atau RM1,596.49).

 


Bagi Taycan yang dilengkapi dengan sistem suspensi udara adaptif pula kini didatangkan dengan fungsi Smartlift, membolehkan kenderaan mengubah jarak kelegaan tanah terutama ketika melalui kawasan bonggol atau memasuki kawasan lebuhraya untuk lebih keselesaan dan tahap keberkesanan trenkuasa.

Model Taycan 2021 juga kini hadir dengan opsyen pengecasan 22 kW yang mampu mengurangkan masa pengecasan sebanyak separuh berbanding penggunaan pengecas standard 11 kW.

Teknologi Battery Preservation pula membantu para pemilik untuk menjaga jangka hayat bateri dengan lebih lama, dan mengurangkan kadar kehilangan tenaga ketika pengecasan dengan mengehadkan kapasiti pengecasan kepada 200 kW sahaja.

 


Tidak ketinggalan, Porsche kini menawarkan sehingga tujuh warna baharu untuk model Taycan yang merangkumi warna Frozenberry Metallic, Mahogany Metallic, Cherry Metallic, Chalk, Coffee Beige Metallic, Neptune Blue dan Ice Grey Metallic.

Terdapat juga sehingga lima warna baharu untuk dipadankan di dalam ruang kabin, serta pakej opsyen Carbon Sport Design.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemudian, rekod tersebut dipadamkan oleh Tesla Model S Plaid pada September 2021 dengan catatan…
Berita Global
Oleh sebab itu salah satu cara yang boleh dilakukan oleh para pengeluar ketika Perintah Kawalan…
Pelancaran
Bermaksud "semangat kuda liar yang muda", Taycan (Tay-Kan) datang dengan pakej waranti dan…