Porsche tawarkan kotak bumbung yang mampu bertahan kelajuan 200 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Porsche Taycan Cross Turismo merupakan varian terbaharu yang didatangkan untuk model EV Porsche Taycan, dan ia mempunyai kelebihan dari segi ruang kargo yang lebih besar, iaitu 444 liter di bahagian belakang tempat duduk baris kedua.
Modenas

Cukup besar jika dibandingkan dengan Taycan sedan.

Namun, bagi mereka yang mahu menambah ruang tanpa mengorbankan aspek pemanduan pantas, anda boleh mendapatkan pakej aksesori terbaharu dari Porsche, iaitu kotak bumbung Porsche Tequipment Performance.

 

 


Sebagai aksesori original dari kilang, jurutera Porsche berusaha untuk memastikan ia bukan sahaja menawarkan ruang tambahan 480 liter, akan tetapi mampu untuk mengharungi pemanduan sepantas 200 km/j.

Malah, mereka juga turut menguji keberkesanan kotak bumbung ini di dalam terowong angin, selain pemanduan dalam dunia sebenar di litar ujian untuk beberapa ribu kilometer!

 


Terdapat bebera pilihan warna untuk bilah sisi seperti High Gloss Black, Dolomite Silver Metallic, Carrara White Metallic serta Volcano Grey Metallic, manakala struktur utama kotak itu dilayangkan dalam warna hitam sahaja.

Harga untuk Porsche Tequipment Performance ini bermula dari €1,150 (RM5,691) tidak termasuk kos tambahan untuk mengecat bilah sisi kotak ini (€350).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, Porsche pernah terlibat di dalam membangunkan model sedan sebelum ini dan salah satu…
Berita Global
Namun bagi mereka yang mahukan sentuhan yang lebih mesra alam sekitar pada model ikonik itu,…
Berita Global
Untuk menjadikan kenderaan pelanggan lebih bersifat peribadi dan lain daripada yang lain, Porsche…