Porsche tawar 'bunyi enjin' pada Taycan, cuma $500 sahaja (atau RM2,093)....

oleh Mohamad Hanif|
Zaman peralihan daripada nadi enjin kepada motor elektrik, bermakna anda akan kerinduan terhadap bunyi-bunyi mekanikal yang keluar dari perut kenderaan anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Penulis sendiri sudah pun menguji kereta elektrik yang baharu sahaja dilancarkan di negara kita, dan sememangnya hampir tiada sebarang bunyi bising enjin pun yang mampu menerjah ruang kabin, selain daripada deru angin serta ekzos mat rempit. 

Untuk para pemilik yang mahukan kereta elektrik (baca: Porsche Taycan) menghasilkan bunyi kenderaan tersendiri, usah risau kerana Porsche kini menawarkan opsyen yang dimaksudkan. 

Dinamakan sebagai Electric Sport Sound, Porsche menambah bunyi khas seiring dengan pergerakan motor elektrik yang boleh didengari di luar serta dari dalam kabin. 

Menurut Porsche, ciri Electric Sport Sound ini mampu diaktif serta dinyahaktif menerusi Porsche Communication Management (PCM) selepas pemilik memutuskan untuk membayar opsyen yang ditawarkan tadi. 

Porsche turut menyediakan sampel bunyi untuk anda dengari, dan buatlah keputusan yang bijak kerana opsyen bunyi ini sahaja berharga kira-kira $500 (RM2,093 mengikut kadar pertukaran matawang semasa). 

Anda boleh cuba dengar menerusi pautan di bawah:

Klik untuk dengar

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…