Porsche tambah varian yang lebih rendah - Taycan 4S, mampu cecah 563 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperkenalkan dua varian tertinggi untuk kereta elektrik empat pintu Porsche Taycan Turbo dan Turbo S, Porsche kini menambah sebuah lagi varian yang lebih rendah, dan lebih mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian yang standard ini hadir dengan penawaran pek bateri 79.2 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 405 km/j dengan kuasa sehingga 522 hp menerusi mod overboost. 

Namun, bagi mereka yang tetap menginginkan kuasa tambahan, opsyen Performance Battery Plus (93.4kWh) turut ditawarkan dengan memberikan kuasa sehingga 563 kuasa kuda dan jarak operasi sejauh 462 km mengikut data kitaran WLTP. 
 


Namun dari segi prestasi, kedua-dua model yang dimaksudkan ini mampu memecut sepantas 4.0 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum dihadkan kepada 250 km/j secara elektronik. 

Konfigurasi trenkuasa juga tetap serupa dengan dua motor elektrik - satu untuk setiap gandar - memberikan sistem pacuan semua roda dan digandingkan dengan transmisi dua nisbah kelajuan. 
 


Dari segi luaran, apa yang membezakan antara Porsche Taycan 4S dan adik beradiknya yang lain adalah penampilan rim yang lebih aerodinamik bersaiz 19 inci, angkup brek merah, apron hadapan, dan diffuser belakang dengan kemasan hitam. 

Kemasan dalaman juga masih sama namun upholsteri ditawarkan dalam bentuk separuh kulit sebagai standard dan tempat duduk boleh laras lapan cara untuk baris hadapan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini disusuli dengan pendedahan satu gambar teaser yang menampilkan Porsche Taycan yang dipercayai…