Porsche sambut ulang tahun ke-20 di China dengan 911 Turbo S edisi terhad

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Shanghai Auto Show, Porsche menyambut ulang tahun yang ke-20 dengan melancarkan model edisi terhad 911 Turbo S 20th Anniversary Edition.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangunkan sepenuhnya oleh Porsche Exclusive Manufaktur, Porsche 911 Turbo S ini membawakan lima warna warisan yang menarik seperti Gulf Orange, Oslo Blue, Star Ruby Red, Mint Green dan Viola purple metallic.

 


Selain daripada itu, Porsche 911 Turbo S ini dilayangkan jalur perlumbaan, insignia '20' pada bahagian pintu, serta plak peringatan pada tiang B serta trim ruang kabin.

Porsche 911 Turbo S China 20th Anniversary Edition ini didatangkan dengan enjin flat six 3.8 liter turbo berkembar yang berupaya menghasilkan 641 kuasa kuda dan 800 Nm, sistem transmisi PDK lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda.

 


Konfigurasi ini membenarkan Porsche 911 Turbo S memecut sepantas 2.7 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 330 km/j.

Harga jualan Porsche 911 Turbo S China 20th Anniversary Edition untuk pasaran China bermula dari ¥3,114,500 (RM1,972,248).

 

 

Dalam masa yang sama, Porsche turut mempamerkan sebuah 911 Turbo generasi 930 bertemakan Cyberpunk 2077 yang menampilkan unit lampu utama berwarna kuning, serta liveri yang merujuk kepada permainan tersebut.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ya, anda tidak salah baca, trak pikap dengan nama Hantu akan dilancarkan secara rasmi di Auto…
Berita Global
Buat masa ini, tiada sebarang perincian berhubung spesifikasi model minivan tersebut, melainkan…
Berita Global
Teaser tersebut menampilkan bahagian hadapan dengan rekaan gril yang tertutup, bampar hadapan…