Porsche sambut ulang tahun Boxster yang ke-25 dengan model edisi khas

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-25 model Boxster, Porsche telah melancarkan sebuah model edisi khas yang dinamakan sebagai Boxster 25.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model open top ini dihasilkan khusus untuk pasaran Amerika Utara dan menampilkan beberapa elemen yang mengingatkan kita kepada model konsep asal Boxster yang diperlihatkan pada acara Detroit Auto Show 1993.

 


Antara yang menyerlah adalah kehadiran kemasan berwarna tembaga yang boleh dilihat pada bahagian hadapan, set rim 20 inci rekaan klasik yang hadir dalam warna serupa, serta lencana khas 'Boxster 25' yang boleh didapati pada bahagian belakang.

Kemasan khas turut ditampilkan pada ruang kabin, di mana bahan kulit Bordeaux Red boleh dikatakan meluas penggunaannya, ditambah dengan penggunaan trim brushed aluminium.

 


Sementara bumbung softtop boleh lipat juga turut didatangkan dengan bahan fabrik berwarna merah.

Antara kelengkapan yang didatangkan termasuklah LSD mekanikal, sistem pengurusan Porsche Active Suspension Management, Porsche Torque Vectoring, tempat duduk sports boleh laras 14 cara, trim ambang pintu dengan perkataan Boxster 25, roda stereng GT berbilang fungsi dengan ciri pemanasan.

 


Sebut pasal kuasa, Porsche Boxster 25 masih lagi membawakan nadi boxer enam silinder aspirasi natural 4.0 liter yang mampu menjana 394 kuasa kuda dan 419 Nm daya kilas.

Pembeli boleh mendapatkan dua pilihan transmisi iaitu manual enam kelajuan atau opsyen klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, di mana dengan pakej Sport Chrono membolehkan ia memecut sepantas 3.8 saat dari 0=96 km/j dengan menggunakan transmisi klac berkembar itu tadi.

 


Untuk pasaran Amerika Syarikat, harga jualan Porsche Boxster 25 bermula dari $98,600 (RM397,950).