PORSCHE SAMBUT HARI WANITA MELALUI ALAM SEMULA JADI DAN FOTOGRAFI

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, Porsche Malaysia yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP) bekerjasama dengan Women Photographers Malaysia (WPM) menganjurkan inisiatif “Greatness through HER lens“, meraikan semangat keterangkuman dalam fotografi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia diadakan sempena Hari Wanita Antarabangsa, kerjasama itu memupuk dialog dengan jurugambar wanita, dan memfokuskan pada naratif yang berbeza dalam industri tradisional yang didominasi lelaki seperti dalam medium fotografi automotif.

Ia turut menyerlahkan bakat luar biasa jurugambar wanita dalam pengembaraan pengalaman dengan Cayenne baharu, dengan tempat persinggahan yang indah untuk cabaran fotografi.

 

porsche

 

Ia menunjukkan bahawa prestasi dan keselesaan tidak saling eksklusif, jurugambar wanita dari seluruh Malaysia dan juga luar negara berkongsi detik-detik bersama di Cayenne.

Para peserta dapat menikmati pengendalian dinamik dan keselesaan terbaik perjalanan daripada sistem casis SUV yang telah dinaik taraf sepenuhnya ketika mereka memulakan perjalanan ke destinasi indah mereka.

 

porsche

 

Cayenne mengekalkan ketenangan dan prestasi pemanduan yang terbaik, sambil mengutamakan keselesaan untuk kedua-dua pemandu dan penumpang dalam pengembaraan, ketika memasuki jalan terbuka dan meninggalkan suasana bandar.

Sistem keselamatan dan bantuan memudahkan pemanduan dari satu tempat ke satu tempat dan kumpulan itu tidak lama kemudian tiba di lokasi yang ditetapkan untuk sesi fotografi dengan Cayenne.

 

porsche

 

Dengan latar belakang yang berbeza juga seterusnya menghasilkan bidang kepakaran fotografi yang berbeza, semua peserta diberikan enam kategori berbeza untuk difokuskan di tempat yang indah.

Gambar pemenang diserahkan oleh Aun Pein (@aunpein.jpg), Fish Quan (@fish_quan1355), Atiqah Is (@is_atiqah), Joanna James (@joannajames28), dan Yuki Eyok (@yukieyok).

Pengasas bersama Women Photographers Malaysia, Annice Lyn, berkata “Dalam industri di mana wanita kurang diwakili, ‘Greatness through HER lens’ berfungsi sebagai pemangkin kepada perubahan, memberikan jurugambar wanita peluang untuk menyinar dan mencabar stereotaip.

Dengan memanfaatkan kuasa kolektif pelbagai perspektif kami, kami boleh mewujudkan hubungan yang bermakna dan menguatkan suara wanita melalui medium fotografi dan memupuk komuniti yang lebih menyokong dan inklusif,”tambahnya lagi.

 

porsche

 

Pemanduan ke dan dari Janda Baik terbukti menjadi pengalaman yang mengasyikkan bagi para peserta, membolehkan mereka berhubung semula dengan alam semula jadi, serta meneroka peluang profesional.

Keakraban yang baru ditemui di kalangan peserta memupuk komuniti yang menyokong, membolehkan mereka melampaui zon selesa dan mencabar stereotaip untuk pergi lebih jauh bersama.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jika dilihat semula pada sejarah jenama Porsche 75 tahun dahulu, ia merupakan sebuah impian yang…
Telah Diuji
Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pengamal media serta individu pempengaruh…
Berita Domestik
Cayenne CKD Kulim ini didatangkan dengan nadi bentangan V6 3.0 liter turbo yang mampu menjana 348…