Porsche sahkan kehadiran model 718 EV, 911 versi hibrid sporti

oleh Mohamad Hanif|
Porsche dalam sidang media tahunan baru-baru ini mengesahkan model dua tempat duduk berkuasa elektrik pertama jenama itu merupakan model Porsche 718, dan bukannya model 911.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, CEO Porsche Oliver Blume menjelaskan model 911 akan muncul dalam versi 'sporty hybrid' yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba Le-Mans 919 Hybrid.
 

911


Jelasnya lagi, Porsche 911 tidak akan muncul sebagai model plug-in hybrid memandangkan 'tugas' tersebut sewajarnya diserahkan kepada model seperti Cayenne dan Panamera.

Blume turut mendedahkan lebih banyak 'kejutan' yang bakal ditampilkan daripada barisan model 911 kelak.
 

718


Model elektrik dua tempat duduk pertama Porsche, 718 telah pun muncul dalam bentuk konsep Mission R pada acara pameran automotif Munich tahun lalu.

Dalam laporan terdahulu, Porsche 718 Cayman/Boxster versi elektrik dijangka akan muncul pada tahun 2025 dan ini bermakna, Porsche 718 bakal menjadi model EV ketiga selepas model Taycan dan Macan yang akan muncul pada tahun 2023.

Menjelang 2025, Porsche menyasarkan separuh daripada angka jualan terdiri daripada EV atau model PHEV, dan menjelang 2030 Porsche mahukan 80 peratus daripada jumlah jualan terdiri daripada model elektrik penuh.
 

Taycan


Tahun lalu, Porsche buat pertama kalinya mereka berjaya melepasi angka jualan 300,000 dengan mengedarkan kira-kira 301,915 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2020.

Malah, kereta elektrik pertama jenama itu, Porsche Taycan telah berjaya diedarkan sebanyak 41,296 unit di peringkat global mengalahkan angka jualan Porsche 911 (38,464 unit).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…