Porsche realisasikan impian Mission R dengan 718 Cayman GT4 ePerformance, 1073 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Model konsep Porsche Mission R merupakan versi gambaran yang lebih tepat untuk model generasi baharu 718 Cayman/Boxster EV yang dijadualkan pelancarannya pada tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, sebelum menjadikan impian tersebut satu kenyataan, Porsche baru-baru ini memperlihatkan sebuah model 718 Cayman GT4 yang telah dipasangkan dengan trenkuasa elektrik yang berfungsi sepenuhnya untuk dijadikan sebagai model ujian dalam litar lumba.
 

Cayman GT4


Trenkuasa yang ada pada 718 Cayman GT4 ePerformance itu menawarkan sistem pacuan semua roda dengan dua motor elektrik, dengan kuasa tertinggi 1,073 hp dan kuasa malar setinggi 604 hp dalam tempoh 30 minit sepanjang perlumbaan.

Menurut Porsche, tempoh masa untuk pusingan lengkap di litar adalah sama pantas dengan model jentera cup Porsche 911 GT3.

Teknologi pengecasan 900 voltan pula membolehkan 'pengisian' dibuat dari 5 hingga 80 peratus dalam tempoh 15 minit sahaja.
 

GT4


Biarpun menggunakan asas daripada jentera 718 GT4 Clubsport, jentera ePerformance ini menampilkan sehingga 6,000 unit komponen yang direka baharu.

Binaan badan pula diperbuat daripada bahan komposit gentian asli, dan mempunyai dimensi 140 mm lebih lebar berbanding kereta asal bagi membolehkan tayar Michelin yang lebih lebar dimuatkan (juga menggunakan bahan kitar semula).

718 GT4 ePerformance ini bakal menunjukkan taring di Goodwood Festival of Speed pada Jun ini, sebelum menjalani jelajah demonstrasi di Eropah, mendarat di Amerika Syarikat pada tahun 2023 dan di Asia pada tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi dimensi, Porsche Mission R memiliki ukuran yang lebih pendek berbanding 718 Cayman,…