Porsche rancang Taycan 'mampu milik' - pacuan roda belakang, pek bateri lebih kecil

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu temubual yang dijalankan oleh Car Magazine, salah seorang daripada pengurusan tertinggi Porsche Dr. Michael Steiner mengesahkan bahawa Porsche bakal memperkenalkan varian kereta elektrik Taycan yang lebih murah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Lebih murah" membawa maksud Porsche Taycan bakal hadir dengan varian pacuan roda belakang serta didatangkan dengan pek bateri yang lebih kecil.

Menurut Dr. Michael, varian rendah itu disasarkan kepada pasaran di mana keadaan cuacanya tidak memerlukan konfigurasi pacuan semua roda seperti China.

Ketika ini, varian paling rendah Taycan 4S hadir dengan penawaran pek bateri berkapasiti 79.2 kWh yang mampu membenarkan jarak operasi sehingga 407 km mengikut data kitaran WLTP.

Pihak Car Magazine turut menganggarkan kehadiran Taycan versi aras mula ini dipasaran China terlebih dahulu pada tahun ini sebelum menyerang pasaran Eropah menjelang tahun 2021.

Sumber: Car Magazine menerusi Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…