Porsche pertimbang Taycan dalam bentuk yang berbeza - wagon, coupe, convertible

oleh Mohamad Hanif|
Konsep satu model dengan pelbagai jenis bentuk badan bukanlah satu perkara yang baharu di zaman moden, lihat sahaja contoh seperti Toyota Corolla generasi baharu yang kini masih lagi ditawarkan dalam bentuk sedan, hatchback, station wagon, dan versi crossover.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konsep yang sama nampaknya bakal digunakan oleh Porsche apabila pengeluar tersebut bercadang untuk memperluaskan lagi portfolio kereta elektrik Taycan selepas pengenalan model sedan dan crossover wagon Taycan Cross Turismo.

Menurut ketua produk Taycan, Stefan Wechbach mendedahkan Porsche sedang berkira-kira untuk menambah beberapa varian baharu pada model Taycan, seperti wagon biasa tanpa elemen crossover, Taycan coupe serta Taycan convertible!


Namun tambah beliau, syarikat juga perlu melihat kepada permintaan pelanggan berhubung sesebuah model yang dicadangkan sebelum membuat keputusan menawarkannya secara rasmi.

Beliau mengakui, platform Taycan sememangnya sangat sempurna untuk pertambahan idea produk masa akan datang.

Mungkin satu masa kelak, kita akan dapat melihat kehadiran Taycan dalam bentuk SUV/Crossover memandangkan segmen kenderaan tersebut lebih mendatangkan keuntungan sebenar kepada Porsche, lihat sahaja pada model Cayenne dan Macan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…